KEMANISAN

10 Januari 2011

Peserta mualaf terima sijil kursus

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jan - Seramai 37 orang peserta yang mengikuti Kursus Penghayatan Islam bagi Bimbingan Muallaf menerima sijil yang disempurnakan oleh Ustaz Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharajalela Haji Yusof; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku tetamu kehormat dalam majlis penutup tersebut.


Majlis tersebut diadakan di Dewan Masjid Setia Ali, Pekan Muara pada malam kelmarin.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti ucapan alu-alauan daripada Pengerusi Majlis; Pengiran Haji Rusman Pengiran Haji Shahbudin selaku iman masjid berkenaan.

Seterusnya ucapan dari wakil peserta iaitu Md. Saifuddin Abdullah. Kemudian ucapan dari tetamu Kehormat dan diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta kursus dan para fasilitator.

Majlis tersebut diserikan dengan tayangan slaid foto kegiatan yang dijalankan sepanjang kursus, persembahan bacaan Ayat-ayat Lazim, azan dan nasyid oleh peserta lelaki dan perempuan.

Kursus Penghayatan Islam tersebut julung-julung kali diadakan anjuran Bahagian Dakwah dan Penerangan Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara. Kursus berkenaan diadakan selama empat bulan iaitu dari bulan April hingga Julai tahun lepas.



Kursus fasa kedua juga sudah dimulakan pada hari ini (Ahad). Pihak masjid tersebut mengalu-alukan kepada individu yang ingin menyertai kursus berkenaan untuk menghubungi pihak masjid berkenaan pada bila-bila masa.