KEMANISAN

7 Februari 2012

Majlis penutup Dikir Maulud di Masjid Setia Ali

Majlis penutup Dikir Maulud di Masjid Setia Ali
Oleh Sahama

Tetamu kehormat (kedua dari kiri) ketika menghadiri majlis itu.

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Feb - Majlis penutup Dikir Maulud sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W diadakan di Masjid Setia Ali, Pekan Muara pada malam semalam yang diadakan selama 12 malam berturut-turut.
Allah Subhanahu Wata'ala memberikan kesihatan dan kelapangan kepada hamba-hambaNya untuk berpeluang berdikir sebagai tanda mencinta dan menyanjung keperibadian serta mengenang kelahiran Junjugan Besar Nabi Muhammad S.A.W
Begitulah di antara ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis Imam Pengiran Haji Rusman bin Pengiran Haji Shahbudin.
Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Pengiran Haji Zamani bin Pengiran Haji Ahmed; Penguasa Polis, Pegawai Pemerintah Pasukan Simpanan Polis Diraja Brunei, Negara Brunei Darussalam.
Kumpulan Dikir daripada Pasukan Simpanan Polis Diraja Brunei, Takmir Masjid Setia Ali dan Belia- Belia Masjid Setia Ali menyemarakkan majlis tersebut dengan Dikir Assalai, Bisyahrin, Al-Ham, Khairuman dan Marbahan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Serasa Mejar (B) Haji Johari bin Haji Abd Razak, para belia dan penduduk kampong sekitarnya.