KEMANISAN

7 Februari 2012

MPK Tamoi bincang aktiviti tahunan

MPK Tamoi bincang aktiviti tahunan
Oleh Sahama

Bergambar ramai sempena mesyuarat pertama Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong bagi tahun ini.

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Feb - Walkaton dan gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam Alangan (Tamoi) merupakan antara agenda yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong bagi tahun ini.
Ia dibincangkan pada mesyuarat pertama 2012 di rumah Ketua Kampung Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong merangkap Pengerusi MPK, Awang Tarip bin Haji Asgar.
Penghulu Mukim Tamoi Haji Mokti bin Mat Salleh dalam ucapan alu-aluanya mengharapkan MPK itu akan bergerak lebih cergas lagi tahun ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pekayuh Generasi Anak Mukim Tamoi (GAMTA) yang berjaya dalam Pertandingan Regata Brunei baru-baru ini sekali gus mengharumkan nama Mukim Tamoi.
Beliau juga berkesudian menyampaikan pingat kepada pekayuh yang memenangi pertandingan tersebut.