Oleh Sahama
Ketua Kampong (kanan) bersama penceramah.
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb - Masjid Kampong Kapok baru-baru ini mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulud sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.
Sebelum dikir Marbahan oleh Takmir Masjid Kampong Kapok dan Belia-Belia Masjid Kampong Kapok, majlis tersebut disemarakkan dengan ceramah khas maulud yang disampaikan oleh Iman Haji Jufri bin Haji Hidup; Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei Darussalam dengan tajuk "Mengenai Keperibadian Rasulullah".
Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Kampong Kapok, Awang Haji Mahali bin Haji Ahmad, Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Kapok, para belia dan penduduk kampong sekitarnya.
|