KEMANISAN

29 Mac 2011

MPK Kampung Sabun melawat Mukin Tamoi

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac - Kunjungan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong (MPK) Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong bersama penduduk kampong Mukim Serasa yang diketuai oleh Ketua Kampong; Pengiran Haji Mohamed Pengiran Haji Osman@Othman dan juga selaku Pengerusi (MPK) kampung berkenaan ke kediaman Penghulu Mukim Tamoi; Pengarah Haji Mokti bin Mat Salleh dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim.

Muzik gulintangan daripada penduduk Kampong Tamoi menyambut kedatangan rombongan berkenaan dan dialu-alukan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong.

Kemudian rombongan tersebut diberikan penerangan ringkas biodata Penghulu Mukim Tamoi.

Seterusnya rombongan berkenaan menyaksikan persembahan kebudayaan yang disembahkan oleh penduduk kampung seperti bermukun, persembahan gulintangan dan pencak silat.

Selain persembahan kebudayaan, rombongan berkenaan diperlihatkan mengenai perekonomian penduduk kampung seperti membuat kuih jala, kuih sapit dan membuat tudung saji.

Rombongan juga berkesempatan membeli kuih sapit dengan harga yang berpatutan daripada pengusaha penduduk kampung berkenaan secara persendirian.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong, Ketua Kampong Pengiran Tajuddin Hitam, Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim dan penduduk kampong.

Kg Sabun Consultative Council's friendly visit to Mukim Tamoi

Members of the Kampong Masjid Lama Pekan Muara, Sabun and Pelumpong Consultative Council and the villagers held a friendly visit to the residence of Penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mokti bin Mat Salleh. The delegation was led by the Head of Village, Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, who is also the chairman.


The Consultative Council Kampong Tamoi Tengah and Tamoi Ujong welcomed the delegation accompanied by 'gulingtangan' music from the villagers.

The delegation was given a briefing by the Penghulu of Mukim Tamoi. The groups were also entertained with cultural performances such as 'bermukun', gulingtangan and martial arts.

In addition to cultural performances, the group saw the village's economic activities. The villagers earn from their traditional home-made cakes.

The delegation also had the opportunity to buy traditional cakes at reasonable prices from the entrepreneurs of the village.

Also present was the village head of Kampong Tamoi Tengah and Tamoi Ujong, the village head of Kampong Pengiran Tajuddin Hitam, Mukim Consultative Council Committee and the villagers.

28 Mac 2011

Menuju ke arah Disiplin Diri

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac - Kumpulan Sayidina Uthman bin Affan menjadi kumpulan terbaik keseluruhan sepanjang mengikuti program suai kenal kali ke-3 anjuran Kumpulan Belia Masjid (KBM) Masjid Kampong Sungai Hanching di sini.


Majlis penutup program dan penyampaian sijil serta hadiah pemenang bagi program motivasi itu disempurnakan oleh Penasihat Ahli Jawatankuasa Masjid Kampong Sungai Hanching, Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman Hamid.

Mohammad Musa Haji Abd Rahman dipilih sebagai peserta 'Berdisiplin' manakala Ahmad Darwisy Haji Amron dipilih sebagai peserta 'Termuda' dari Sekolah Rendah Dato Basir yang berusia 7 tahun.

Program belia masjid yang bertemakan "Menuju ke arah Disiplin Diri" tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam melibatkan seramai 30 orang peserta.

Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut nama-nama khalifah Islam iaitu Saiyidina Abu Bakar Assiddiq, Saiyidina Omar Al-Khattab, Sayidina Othman bin 'Affan dan Saiyidina 'Ali bin Abi Talib.

Pelbagai kegiatan yang diadakan bagi mengisi program berkenaan yang diungkayahkan oleh pihak penganjur KBM.

Di antara pengisian yang dijalankan ialah Halaqah Al-Quran, kuliah subuh, ceramah motivasi, aktiviti sukan ria dan peraduan Azan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penasihat Bersama, Ketua Kampong, Penyelia Bahagian Kumpulan Belia Masjid, Jawatankuasa Masjid Kampong Sungai Hanching dan penduduk kampung berkenaan.

Busy weekends at Sariken Market

Sariken Town is one of the interesting places to visit while staying in Kuching, Sarawak for a vacation.

It is just a small village but it attracts tourists from within and outside the country.

For those who have visited the place will definitely plan to visit it again on their next holiday because of the various items that can be found. These items range from clothing to kitchenware.

The Sariken Market is an open market held every weekend. Itt is located about 60 kilometres from Kuching, in the Bau District of Sarawak, which nestles between the Sarawak and Indonesia border.

The journey to the market takes several hours. Car parking is also available with a single entry fee of RM2 run by the local villagers.

Miscellaneous goods from Sarawak and Indonesian products are sold at reasonable prices as souvenirs such as clothing, handbags, kitchen utensils, handicrafts, mats, accessories, crystals, pearls, equipment and others.

There are more merchants from Kalimantan, Indonesia doing business at the market in comparison to Sarawakians because they come from areas of low-cost producers. In addition, they also have more raw materials and it makes the trading mostly dominated by the Indonesians.

Sariken Market also has the potential to be developed into a popular tourist destination in Kuching, Sarawak.

Mosque Youth Programme ends with prize presentation

The closing ceremony for a motivational programme organised by the Mosque Youths Committee (KBM) of Kampong Sungai Hanching was held recently.


The guest of honour was Dato Seri Laila Jasa Haji Abd Rahman bin Hamid, the Advisory Committee of Kampong Sungai Hanching Mosque who presented the prizes and certificates to the participants.

Sayyidina Uthman bin 'Affan group emerged as 'the excellent team' in the 3rd orientation programme.

Mohammad Musa bin Haji Abd Rahman, meanwhile, won the 'best discipline' award, while seven-year-old Ahmad Darwisy bin Haji Amron from Dato Basir Primary School was chosen as the recipient of the 'Youngest Participant' award.

The Mosque Youths Programme with the theme 'Striving Towards Self Discipline' was held for three days involving 30 participants.

The participants were divided into four groups according to the names of the Islamic caliphate - Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayyidina Omar Al - Khattab, Sayyidina Uthman bin 'Affan and Sayyidina 'Ali bin Abi Talib.

Various activities were held for the programme such as halaqah al-Quran, dawn lecture, motivational talks, sports and 'Azan' contests.

24 Mac 2011

Erat silaturahim dan ketahui fungsi RTB

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mac - Seramai 30 orang Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong (MPK) Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong bersama penduduk kampung, Mukim Serasa mengadakan lawatan ke Jabatan Radio Televisyen Brunei, Jalan Elizabeth 11 sempena cuti penggal pertama persekolahan.


Rombongan tersebut diketuai oleh Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman@Othman; Ketua Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong juga selaku pengerusi MPK berkenaan.

Rombongan berkenaan melawat ke Bahagian Perkhidmatan Radio iaitu Rangkaian Harmoni dan Rangkaian Pelangi.

Seterusnya rombongan dibawa meninjau ke Studio Televisyen iaitu bagi Rancangan Rampai Pagi (Studio 2), Berita (Studio 3) dan Bahagian Berita, Hal Ehwal Semasa dan sukan.

Tujuan lawatan tersebut untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan penduduk kampung. Di samping itu juga untuk mendedahkan MPK mengenai fungsi dan peranan Jabatan Radio Televisyen Brunei dalam menyebarkan informasi kepada penduduk Negara Brunei Darussalam.

Beribi Religious School hosts sharing session

The Committee of Religious Schools Leaders Brunei III attended a sharing session with the Beribi Religious School teachers on the success of achieving 100 per cent of passes for candidates to enter the Arab Preparation School.


Senior academic teachers from 26 Brunei III Religious Schools attended the recent session at the Beribi Religious School's Conference Room.

Also present were Ustazah Dk Hjh Masrelawati Pg Mohd Said, Islamic Studies Officer of Brunei III, the Department of Islamic Studies, Ustaz Hj Aliudin Hj Amit, the Chairman of Brunei III Religious School Leaders, and Ustazah Hjh Doraini Hj Julaihi, Chairman of the Academic Section.

The purpose of the session was to determine how best to achieve 100 per cent of candidates passing the Arab School Qualifying Exams as well as to increase knowledge on the effective methods of providing training for the candidates.

Masjid Lama Consultative Council visits RTB

Thirty members of Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun and Pelumpong Consultative Council (MPK) together with villagers of Mukim Serasa recently visited Radio Television Brunei (RTB).


Leading the delegation was Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, Village Head of Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun and Pelumpong cum chairman of the consultative council.

The visit allowed the delegation to take a closer look at the network services division 'Harmoni' and 'Pelangi' Radio Network.

Next, the group toured the studios for the 'Rampai Pagi' show (Studio 2), news (Studio 3) and the News, Current Affairs and Sports Section.

The visit aimed to strengthen ties between consultative council members and villagers, in addtion to shedding light on Radio Television Brunei's role in disseminating information to members of the public.

23 Mac 2011

Mendalami kaedah terbaik dari Sekolah Ugama Beribi

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac - Komiti Pemimpin Sekolah-sekolah Agama Brunei III mengikuti sesi kongsi sama daripada kalangan guru Sekolah Ugama Beribi mengenai kejayaan mencapai 100 peratus lulus bagi calon sekolah berkenaan masuk ke Sekolah Persediaan Arab.


Guru-guru Kanan Akademik yang melibatkan 26 sekolah agama Kawasan Brunei III mengikut sesi berkenaan di Bilik Persidangan Sekolah Ugama Beribi.

Tujuan kongsi sama itu diadakan adalah untuk mengetahui langkah terbaik bagi mencapai 100 peratus lulus dalam Peperiksaan Calon Sekolah Arab di samping menambah pengetahuan tentang kaedah berkesan dalam memberikan latihan bagi persiapan mereka.

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Dayangku Hajah Masrelawati Pengiran Mohd Said selaku Pegawai Pengajian Islam Daerah Brunei III di Jabatan Pengajian Islam dan Pengerusi Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Agama Brunei III, Haji Aliudin Haji Amit.

Religious talk at Kg Sungai Hanching Mosque

The Mosque Youth Group (KBM) Committee of Kg Sungai Hanching continued its activities last night with a religious lecture on Zikir Melahirkan Remaja Bertaqwa delivered by Mosque Affairs Officer Ustaz Hj Jufri Hj Hidup.


In the talk, he encouraged youths to always recite the zikir wherever appropriate.

The zikir can be divided into three parts; a remembrance of the tongue, soul and body.

He underlined that those who worship Allah (SWT) believe in the teachings of al-Quran and Hadiths, and also practise more fasting.

22 Mac 2011

Sungai Hanching Mosque youths attend motivational camp

The Mosque Youth Committee (KBM) has organised a motivational camp for students during their first-term school holiday as a way to provide them with healthy activities and to steer them away from negative influences.


The motivational camp, which will run for three days and two nights, is being participated by 30 youths, carries the theme 'Striving Towards Discipline', and is taking place at the Kg Sungai Hanching Mosque.

Various activities have been organised for the camp, which include halaqah Al-Quran, early morning lectures, motivational talks, and fun activities.

Youngsters are taking part in activities at the mosque compound such as 'fishing bottles' and a fruit-eating competition.

Participants are divided into four groups according to the names of the Islamic caliphate, Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayyidina Omar al-Khattab, Sayyidina Uthman bin 'Affan and Sayyidina 'Ali bin Abi Talib.

21 Mac 2011

30 sertai Perkampungan Belia Masjid

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac - Komiti Kumpulan Belia Masjid (KBM) Masjid Kampung Sungai Hanching menganjurkan Perkampungan Belia Masjid sempena cuti penggal pertama persekolahan dengan tema 'Menuju Ke Arah Disiplin Diri'.


Perkampungan itu berlangsung tiga hari dua malam melibatkan 30 belia masjid berkenaan bermula hari ini dan dipimpin imam Haji Amron Haji Awang dan Penyelia Bahagian Kumpulan Belia Masjid, Asmalee Haji Abd Majid.

Pelbagai kegiatan disediakan pihak penganjur, antara Halaqah Al-Quran, kuliah subuh, ceramah motivasi dan aktiviti sukan ria.

Aktiviti sukan ria di perkarangan masjid itu termasuk pertandingan memancing botol dan lumba makan buah-buahan.

Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut nama khalifah Islam, Sayyidina Abu Bakar Assiddiq, Sayyidina Omar Al-Khattab, Sayyidina Othman Al-Affan dan Sayyidina 'Ali Abi Talib.

11 Mac 2011

Semai kesedaran melalui ceramah motivasi di SMSSA

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac - Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya (PBKK) Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Kampong Salambigar pada hari ini mengadakan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.


Seramai 150 orang penuntut dari Tahun 7 mengikuti ceramah tersebut dengan tema "Tindakan dan Hukuman bagi Pelbagai Jenis Kesalahan".

Ceramah berkenaan disampaikan oleh Sarjan Mejar (SM) 1892 Zainal Abidin bin Sahari dan Insp Pengiran Haji Yusra bin Pengiran Haji Muhammad.

Pegawai berkenaan menerangkan serba sedikit mengenai kerjaya pasukan polis selain menjelaskan tindakan dan hukuman bagi pesalah jenayah. Jika individu tersebut sabit kesalahan, pesalah tersebut dikenakan penjara setahun hingga 10 tahun bergantung kepada jenayah yang dilakukannya.

Di antara kesalahan yang ditekankan ialah lepak yang boleh membawa hukuman selama setahun, menjatuhkan maruah membawa hukuman selama tiga tahun dan membuang anak damit dipenjara selama 10 tahun.

Dengan adanya ceramah tersebut, pihak sekolah mengharapkan agar para penuntut mengetahui serba sedikit hukuman dan tindakan jika melakukan kesalahan undang-undang.

Di samping itu juga, ceramah ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para penuntut supaya sama-sama menjaga keamanan negara dan menghindarkan diri daripada melakukan jenayah.

9 Mac 2011

Program kesedaran awam mengenai alam sekitar

BANDAR SERI BEGAWAN 8 Mac - Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan melalui program 'Brunei Environment Youth Envoy' (EYE) mengadakan projek mempertingkatkan kesedaran awam mengenai alam sekitar di Sekolah Rendah Haji Tarif, Kampong Tamoi Tengah baru-baru ini bertempat di kawasan lapang sekolah berkenaan.


Program ini melibatkan seramai 63 orang murid sekolah berkenaan termasuk guru-guru yang dikendalikan oleh 15 orang ahli 'Brunei Environment Youth Envoy' (EYE).

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk ceramah mengenai projek ini kepada murid-murid, pertandingan mewarna, aktiviti kuiz, permainan mini dan sebagainya.

Projek yang dikendalikan oleh kerjasama jabatan ini dengan belia EYE merupakan salah satu usaha untuk menyebarluaskan tanggungjawab dan usaha bagi memastikan alam sekitar yang sentiasa bersih, selamat, indah dan produktif bagi generasi kini dan akan datang.

Selain itu juga, projek ini adalah salah satu cabang daripada projek Pembersihan Sungai Brunei yang dikendalikan oleh jabatan ini di bawah Rancangan Kemajuan Negara 2007-2012.

Projek ini juga telah dilaksanakan dengan jayanya di beberapa buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Saba Darat, Sekolah Rendah Sungai Kebun, Sekolah Rendah PAP Besar, Kampong Peramu dan Sekolah Rendah Kiarong.

Objektif projek ini dilaksanakan ialah untuk mendedahkan dan memperkenalkan murid-murid mengenai konsep kitar-semula (Reduce, Reuse and Recycle) melibatkan barang buangan berbentuk plastik, kertas dan logam (besi).

8 Mac 2011

Changing students' attitudes in tune with MIB philosophy

Cluster II school counsellors hosted the second 'Perkampungan Menteroh' (Mental and Spiritual Energy) of the Healthy Youth Brigade (BRS) at Kampong Perpindahan Mentiri Mosque.


The guest of honour at the event was Pengiran Haji Aliuddin bin Pengiran Haji Damit, Village Head of Area 1, the National Housing Scheme, Kampong Mentiri.

The event began with a welcoming speech from the Chairman of the Council, Cikgu Haji Halim bin Abdullah.

According to the guest of honour, the programme was aimed at assisting the students in changing their attitudes to be more in tune with the country's philosophy of Malay Islamic Monarchy or MIB.

During the event, the guest of honour planted a sapling to mark the opening of the village camp (perkampungan), as well as cleanliness campaign around the mosque's compound, followed by an 'ice breaking' activity, workshops, bertahlil and yaasiin recital, as well as religious lectures and Dikir Maulud.

The programme was participated by 70 members of BRS comprising students from PIHM Secondary School, Pehin Datu Seri Maharaja Secondary School, Sultan Sharif Ali Secondary School, Sayyidina Abu Bakar Secondary School, PAP Hajah Masna Secondary School, Berakas Secondary School and Lambak Kiri Secondary School.

Also present at the ceremony were principals of Cluster II secondary schools, counsellors, assistant counsellors, school volunteers and committee members of Kampong Perpindahan Mentiri takmir mosque, as well as the youths of the mosque

7 Mac 2011

N-Day mini marathon

The Consultative Council of Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun and Pelumpong, Mukim Serasa will hold a mini marathon competition in conjunction with the 27th National Day of Brunei Darussalam in collaboration with the Brunei-Muara District Department, Ministry of Home Affairs, Brunei Darussalam.


A discussion on the forthcoming event by the committee members was held at the Setia Ali Mosque meeting room in Pekan Muara.

The meeting discussed the appointment and tasks of committees during the mini marathon, entry requirements, registration date and the roads to be travelled by the participants. The chairman of the meeting was Pengiran Haji Muhamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, who is also as Head of Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun and Pelumpong, Mukim Serasa.

The competition is divided into seven categories. A, B and C categories will run as far as eight kilometres starting from Muara Beach and ending at Serasa Beach. Where in contestants D, E, F and G categories will run six kilometres starting from Gerami Seri Muara and ending at the Serasa Beach,

Category A is for male veterans 40 years and above while Category B and C for men and women are open for those from 19 to 39 years old.

Men and women residents of Mukim Serasa aged 13 to 18 years old will be in the D and E categories. Whereas Boys and girls are in the open categories of F and G.

Among the goals are to enliven the celebration and promote physical and mental health among the local community through fitness activities and also to create vibrant and healthy communities.

Individuals interested in the competition may register for participation at the Water Sports Complex, Youth and Sports Welfare Building, Pantai Serasa on March 12 from 9.00am to 5.30pm.

In addition, a boat race event will also be held.