BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac - Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya (PBKK) Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Kampong Salambigar pada hari ini mengadakan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Seramai 150 orang penuntut dari Tahun 7 mengikuti ceramah tersebut dengan tema "Tindakan dan Hukuman bagi Pelbagai Jenis Kesalahan".
Ceramah berkenaan disampaikan oleh Sarjan Mejar (SM) 1892 Zainal Abidin bin Sahari dan Insp Pengiran Haji Yusra bin Pengiran Haji Muhammad.
Pegawai berkenaan menerangkan serba sedikit mengenai kerjaya pasukan polis selain menjelaskan tindakan dan hukuman bagi pesalah jenayah. Jika individu tersebut sabit kesalahan, pesalah tersebut dikenakan penjara setahun hingga 10 tahun bergantung kepada jenayah yang dilakukannya.
Di antara kesalahan yang ditekankan ialah lepak yang boleh membawa hukuman selama setahun, menjatuhkan maruah membawa hukuman selama tiga tahun dan membuang anak damit dipenjara selama 10 tahun.
Dengan adanya ceramah tersebut, pihak sekolah mengharapkan agar para penuntut mengetahui serba sedikit hukuman dan tindakan jika melakukan kesalahan undang-undang.
Di samping itu juga, ceramah ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para penuntut supaya sama-sama menjaga keamanan negara dan menghindarkan diri daripada melakukan jenayah.