BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mac - Seramai 30 orang Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong (MPK) Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong bersama penduduk kampung, Mukim Serasa mengadakan lawatan ke Jabatan Radio Televisyen Brunei, Jalan Elizabeth 11 sempena cuti penggal pertama persekolahan.
Rombongan tersebut diketuai oleh Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman@Othman; Ketua Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong juga selaku pengerusi MPK berkenaan.
Rombongan berkenaan melawat ke Bahagian Perkhidmatan Radio iaitu Rangkaian Harmoni dan Rangkaian Pelangi.
Seterusnya rombongan dibawa meninjau ke Studio Televisyen iaitu bagi Rancangan Rampai Pagi (Studio 2), Berita (Studio 3) dan Bahagian Berita, Hal Ehwal Semasa dan sukan.
Tujuan lawatan tersebut untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan penduduk kampung. Di samping itu juga untuk mendedahkan MPK mengenai fungsi dan peranan Jabatan Radio Televisyen Brunei dalam menyebarkan informasi kepada penduduk Negara Brunei Darussalam.