Taklimat hukuman jenayah di SMPIHM | ||
Oleh Sahama
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai dari Unit Penghubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, Sgt 3021 Awang Hamdan bin Mantul, antara lain menyentuh mengenai seksyen, kesalahan dan hukuman yang akan diterima oleh penjenayah jika sabit kesalahan. Taklimat berkenaan diadakan antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai jenis kesalahan dan hukumannya. Selain itu ia juga bagi memberi kesedaran bahawa mengawal keselamatan negara bukan sepenuhnya tanggungjawab Pasukan Polis Diraja Brunei, tetapi juga semua lapisan masyarakat termasuk penuntut, untuk sama-sama membasmi jenayah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengetua Akademik, Awang Haji Said bin Haji Salleh; Timbalan Pengetua Pentadbiran dan Kewangan, Awang Haji Ali bin Haji Zainal; guru-guru Kanan; kaunselor sekolah dan tenaga pengajar sekolah berkenaan. |
24 April 2012
Taklimat hukuman jenayah di SMPIHM
23 April 2012
Majlis penghargaan sempena Pesta Santai Muara
Majlis penghargaan sempena Pesta Santai Muara |
Oleh SahamaBANDAR SERI BEGAWAN, 22 April - Majlis Perundingan Kampong (MPK) Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong baru-baru ini telah mengungkayahkan Majlis Penghargaan Sempena Pesta Santai Muara bertempat di rumah Timbalan Pengerusi MPK Haji Mohd Sunny Lai bin Abdullah.
Majlis berkenaan diadakan bagi menghargai komitmen dan sokongan dari semua
pihak yang terlibat dalam Pesta Santai Muara 2012 yang diadakan bulan lalu,
disamping mengeratkan tali silaturahum diantara jawatankuasa dan pihak-pihak
yang terlibat dalam pesta berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan
ialah Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Mukim Serasa,
Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman@Othman, yang juga selaku pengerusi
MPK berkenaan.
Penerima-penerima sijil adalah terdiri daripada mereka yang terlibat dalam
pesta berkenaan, iaitu ahli Jawatankuasa Pesta Santan Muara, ahli komiti MPK,
para belia dan beliawanis Kampung Masjid Lama dan sukarelawan Maktab Teknik
Sultan Saiful Rijal.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Jawatankuasa Majlis Perundingan
Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong; penerima-penerima sijil
penghargaan, wakil daripada Syarikat Cityneon Brunei, wakil daripada Jabatan
Radio Televisyen Brunei dan penduduk kampung.
Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim di
kampung tersebut.
|
SMPIHM terap sikap teladan dalam diri guru
SMPIHM terap sikap teladan dalam diri guru |
Oleh Sahama
|
20 April 2012
4 sekolah berentap di pusingan separuh akhir |
Oleh SahamaPasukan dari salah sebuah sekolah yang berentap di peringkat suku akhir.
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April - Empat buah sekolah akan berentap di peringkat
separuh akhir Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Antara Sekolah-sekolah dan Maktab
Senegara kali ke-40.
Sekolah Ma'had Islam Brunei, Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak
Saleha, Sekolah Menengah Berakas dan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan
masuk ke peringkat separuh akhir setelah menewaskan pesaing masing-masing dalam
peringkat suku akhir baru-baru ini.
Pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan
berkenaan dikendalikan oleh Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Mukim
Serasa.
|
18 April 2012
Kg Masjid Lama Consultative Council produces 'Fish Lumai'
Kg Masjid Lama Consultative Council produces 'Fish Lumai' | |||
Sahama
Members of the Village Consultative Council of Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun and Pelumpong gave a practical demonstration on how to prepare "Fish Lumai" at the residence of Awg Hj Muhammad bin Hj Ibrahim, one of the consultative council members. The word "lumai", according to the Brunei Malay dictionary, means fish or shrimp that is cut open to remove the bone to be salted and then hung up to dry. There are three types of 'lumai', namely salty and sour lumai, sweet and sour lumai and spicy, sweet and sour lumai. Fish Lumai is one of the products developed and manufactured by the consultative council members in their effort to fulfill the "One Village, One Product" concept introduced by the Ministry of Home Affairs. The products will contribute to the economic development of the village. Among those present at the event were Awg Matusin bin Orang Kaya Sura Hj Tuba, Senior Special Duties Officer at the Ministry of Home Affairs; Pg Hj Mohamed bin Hj Osman @ Othman, Head of Kg Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun and Pelumpong; and Dato Paduka Hj Abd Rahman bin Abd Kahar, the council's Advisor. |
MPK Masjid Lama hasilkan Lumai Ikan
MPK Masjid Lama hasilkan Lumai Ikan |
Oleh Sahama
|
14 April 2012
Sukarelawan Tamoi berlatih cegah kebakaran
Sukarelawan Tamoi berlatih cegah kebakaran |
Oleh Sahama
BANDAR SERI BEGAWAN - Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong dengan Kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Laut, Cawangan Operasi "D" menganjurkan latihan bagi Ahli-Ahli Skim Sukarelawan Bomba untuk mencegah kebakaran di Balai Bomba Laut, Cawangan Operasi "D" baru-baru ini. Latihan tersebut dipimpin oleh ABKS 559 Rustam Effandi bin Haji Matusin; pegawai jabatan itu yang telah memberikan taklimat serba ringkas mengenai perkara-perkara yang dilakukan semasa latihan tersebut. Turut hadir menyaksikan latihan mencegah kebakaran tersebut ialah Ketua Kampung Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong iaitu Awang Tarip bin Haji Asgar, Pegawai Perhubungan Awam, Operasi 'D'; SO Matassan bin Mohd Yusof, Jabatan Bomba dan Penyelamat. Latihan bertujuan mengasah kemahiran anggota Skim Sukarelawan dalam mengawal kebakaran sebelum bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba. Ia juga menggalakkan anggota skim terlibat dalam perkara positif untuk kesihatan fizikal dan mental. |
70 penuntut ikuti kursus PRS
70 penuntut ikuti kursus PRS |
Oleh Sahama
|
7 April 2012
SMSSA kendalikan pertandingan sepak takraw
<><><><>
SMSSA kendalikan pertandingan sepak takraw |
Oleh Sahama
|
4 April 2012
Sekolah Chung Hwa juara badminton Brunei I
Sekolah Chung Hwa juara badminton Brunei I |
Oleh Sahama
|
2 April 2012
Kg Tamoi Consultative Council holds walkathon for residents
Kg Tamoi Consultative Council holds walkathon for residents | |
SahamaThe Consultative Council of Kampong Tamoi Tengah and Ujong Tamoi led by its head, Awang Tarip bin Haji Asgar, organised and conducted its annual walkathon as part of efforts to promote a healthy lifestyle. |
MPK Tamoi anjur Walkaton Senam Sihat
MPK Tamoi anjur Walkaton Senam Sihat |
Oleh Sahama
|
Belia dan beliawanis Kg Kapok dihargai
Belia dan beliawanis Kg Kapok dihargai |
Oleh Sahama
|
Langgan:
Catatan (Atom)