KEMANISAN

7 April 2012

SMSSA kendalikan pertandingan sepak takraw

<><>
<><>
SMSSA kendalikan pertandingan sepak takraw

Oleh Sahama

Tetamu Kehormat bergambar ramai bersama para peserta kejohanan.

YM Awang Roslin bin Suhailee menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Sepak Takraw antara Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab bagi zon II 2012.
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April - Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali (SMSSA), Kampung Salambigar telah mengungkayahkan Kejohanan Sepak Takraw antara Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab bagi zon II 2012 di dewan serba guna sekolah berkenaan baru-baru ini.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kumpulan B (15 tahun ke bawah) dan Kumpulan C (16-18 tahun ke atas). Sebanyak lapan buah sekolah telah menyertai kejohanan tersebut.
Pertandingan bagi Kumpulan B dijuarai oleh Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan yang telah mengalahkan Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Serasa. Manakala Kumpulan C dimenengi oleh Sekolah Menengah Pehin Dato Seri Maharaja, Mentiri yang telah berjaya mengalahkan tuan rumah iaitu SMSSA, Kampung Salambigar.
Hakim, pengadil dan penjaga tepi yang dilantik sepanjang kejohanan terdiri daripada PESTABARU. Selaku Tetamu Kehormat dalam kejohanan tersebut ialah Awang Roslin bin Suhailee, Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidik telah berkesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang di akhir kejohanan tersebut.
Turut hadir menyaksikan pertandingan akhir kejohanan tersebut ialah Pengetua sekolah berkenaan, Awang Zamain bin Abdul, pengetua-pengetua dan timbalan pengetua sekolah menengah zon II, guru-guru dan penuntut SMSSA. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan dan merupakan projek tahunan jabatan berkenaan.