Majlis penghargaan sempena Pesta Santai Muara |
Oleh SahamaBANDAR SERI BEGAWAN, 22 April - Majlis Perundingan Kampong (MPK) Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong baru-baru ini telah mengungkayahkan Majlis Penghargaan Sempena Pesta Santai Muara bertempat di rumah Timbalan Pengerusi MPK Haji Mohd Sunny Lai bin Abdullah.
Majlis berkenaan diadakan bagi menghargai komitmen dan sokongan dari semua
pihak yang terlibat dalam Pesta Santai Muara 2012 yang diadakan bulan lalu,
disamping mengeratkan tali silaturahum diantara jawatankuasa dan pihak-pihak
yang terlibat dalam pesta berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan
ialah Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Mukim Serasa,
Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman@Othman, yang juga selaku pengerusi
MPK berkenaan.
Penerima-penerima sijil adalah terdiri daripada mereka yang terlibat dalam
pesta berkenaan, iaitu ahli Jawatankuasa Pesta Santan Muara, ahli komiti MPK,
para belia dan beliawanis Kampung Masjid Lama dan sukarelawan Maktab Teknik
Sultan Saiful Rijal.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Jawatankuasa Majlis Perundingan
Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong; penerima-penerima sijil
penghargaan, wakil daripada Syarikat Cityneon Brunei, wakil daripada Jabatan
Radio Televisyen Brunei dan penduduk kampung.
Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim di
kampung tersebut.
|