KEMANISAN

24 April 2012

Taklimat hukuman jenayah di SMPIHM


Taklimat hukuman jenayah di SMPIHM

Oleh Sahama

Pegawai polis semasa menyampaikan taklimat mengenai hukuman jenayah.

Pelajar tekun mendengar ceramah berkenan.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 April - Hal Ehwal Pelajar Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam (SM PIHM), Serasa telah mengendalikan taklimat hukuman jenayah bagi penuntut Tahun 9 hingga 11 bertempat di dewan serba guna sekolah berkenaan.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai dari Unit Penghubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, Sgt 3021 Awang Hamdan bin Mantul, antara lain menyentuh mengenai seksyen, kesalahan dan hukuman yang akan diterima oleh penjenayah jika sabit kesalahan.
Taklimat berkenaan diadakan antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai jenis kesalahan dan hukumannya.
Selain itu ia juga bagi memberi kesedaran bahawa mengawal keselamatan negara bukan sepenuhnya tanggungjawab Pasukan Polis Diraja Brunei, tetapi juga semua lapisan masyarakat termasuk penuntut, untuk sama-sama membasmi jenayah.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengetua Akademik, Awang Haji Said bin Haji Salleh; Timbalan Pengetua Pentadbiran dan Kewangan, Awang Haji Ali bin Haji Zainal; guru-guru Kanan; kaunselor sekolah dan tenaga pengajar sekolah berkenaan.