Oleh Sahama
Salah seorang belia menerima sijil pengharga daripada tetamu kehormat.

Para belia dan beliawanis bergambar kenangan dengan tetamu kehormat dan jemputan yang lain.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April - Seramai 60 orang Belia dan Beliawanis Kampong Kapok diraikan dalam satu majlis Malam Penghargaan yang bertempat di kawasan Rumah Ketua Kampong Kapok, Mukim Serasa; Haji Marali bin Haji Ahmad malam tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penasihat Majlis Perundingan Kampong Kapok, Mukim Serasa, Dr. Haji Abd. Hamit bin Haji Musa.
Malam Penghargaan diadakan untuk mengenang jasa para belia dan beliawanis yang telah menjayakan pelbagai projek dan kegiatan yang diungkayahkan oleh Majlis Perundingan Kampong seperti Kesenian dan kebudayaan, sosial dan Kemasyarakatan, sukan dan riadah serta keugamaan.
Di samping itu, ia juga bagi memupuk tali persaudaraan yang lebih erat bersama Jawatankuasa MPK dan penduduk kampung serta menanam jati diri belia dan beliawanis sebagai pemimpin di masa akan datang.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Kapok dan penduduk kompong. |