KEMANISAN

23 April 2012

SMPIHM terap sikap teladan dalam diri guru

SMPIHM terap sikap teladan dalam diri guru

Oleh Sahama

Timbalan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April - Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam (SMPIHM), Mukim Serasa mengungkayahkan taklimat mengenai "Guru Tauladan " yang disampaikan oleh Prof Madya Bob Yong; Pensyarah di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam di dewan serbaguna sekolah itu.
Ceramah Prof Madya Bob Yong antara lain menekankan keberkesanan pengajaran guru yang bukan sahaja merangkumi kemahiran dalam amalan pengajaran, kecekapan dan pengurusan serta organisasi mahlah sifat peribadi guru itu sendiri. Sifat-sifat ini termasuklah minat, kepercayaan dan pembawaan mereka semasa berada did alam kelas.
Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses sosial yang sangat penting untuk membentuk hubungan rapat dengan pelajar.
Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Timbalan Pengetua Akademik; Awang Haji Said bin Haji Salleh, Timbalan Pengetua Pentadbiran dan Kewangan; Awang Haji Mohd Ali bin Haji Zainal, guru-guru kanan, guru-guru Kluster 2 dan guru sekolah berkenaan.