Oleh Sahama
Tetamu kehormat bergambar bersama pemenang tempat kedua.
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 April - Sekolah Chung Hwa merupakan juara keseluruhan bagi Kejohanan Badminton Sekolah-sekolah Rendah Zon Brunei I, 2012 bertempat di Dewan Sekolah Sukan, Kampung Pulaie petang tadi.
Selaku tetamu kehormat dalam kejohanan tersebut ialah Awang Tarip bin Haji Asgar iaitu Ketua Kampung Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong.
Sekolah Chung Hwa adalah juara dalam semua kategori iaitu perseorangan dan beregu bagi lelaki dan perempuan yang dipertandingkan.
Sekolah Rendah Haji Tarif, Kampung Tamoi Tengah telah diberikan peranan untuk mengendalikan kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan dan Permainan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.