KEMANISAN

14 April 2012

Sukarelawan Tamoi berlatih cegah kebakaran

Sukarelawan Tamoi berlatih cegah kebakaran
Oleh Sahama

Berlatih menggunakan pili bomba.

Gambar ramai sukarelawan selepas berlatih.
BANDAR SERI BEGAWAN - Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong dengan Kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Laut, Cawangan Operasi "D" menganjurkan latihan bagi Ahli-Ahli Skim Sukarelawan Bomba untuk mencegah kebakaran di Balai Bomba Laut, Cawangan Operasi "D" baru-baru ini.
Latihan tersebut dipimpin oleh ABKS 559 Rustam Effandi bin Haji Matusin; pegawai jabatan itu yang telah memberikan taklimat serba ringkas mengenai perkara-perkara yang dilakukan semasa latihan tersebut.
Turut hadir menyaksikan latihan mencegah kebakaran tersebut ialah Ketua Kampung Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong iaitu Awang Tarip bin Haji Asgar, Pegawai Perhubungan Awam, Operasi 'D'; SO Matassan bin Mohd Yusof, Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Latihan bertujuan mengasah kemahiran anggota Skim Sukarelawan dalam mengawal kebakaran sebelum bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba. Ia juga menggalakkan anggota skim terlibat dalam perkara positif untuk kesihatan fizikal dan mental.