Oleh Sahama
Gambar ramai peserta dan guru mereka.
BANDAR SERI BEGAWAN - Seramai 70 orang penuntut Sekolah Menengah Kluster II baru-baru ini mengikuti kursus asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi 2012 di Dewan Serbaguna Sekolah menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Menterii.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan pelbagai aktiviti melibatkan peserta Pembimbing Rakan Sebaya yang diusahakan bersama oleh Kaunselor Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Sekolah Menengah Lambak Kiri, Sekolah Menengah Berakas, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar dan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna selain daripada taklimat yang disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
Kursus bertujuan membantu penuntut berdampingan dengan rakan lain di sekolah dan mengeratkan silaturahim antara mereka.