Oleh Sahama
Tetamu kehormat turut menyertai senaman memanaskan badan.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April - Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong, Mukim Tamoi yang dipimpin Ketua Kampongnya Awang Tarip bin Haji Asgar mengendalikan acara Walkaton Senam Sihat bagi penduduk kampong tersebut dan sekitarnya.
Acara yang dihadiri kira-kira 150 orang tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan MPK bertempat di kawasan lapang belakang bangunan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Batu 1, Jalan Tutong hari ini. Di samping itu, acara tersebut menggalakkan tunas bangsa terlibat dengan perkara positif untuk kesihatan fizikal, mental dan melahirkan masyarakat berfikiran positif agar menjadi generasi bijak dan menggunakan masa yang berfeadah pada diri sendiri mahu pun masyarakat.
Tetamu kehormat acara tersebut ialah Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara.
Acara dimulakan dengan senamrobik diikuti acara walkaton yang dimulakan tetamu kehormat majlis. Bagi peserta lelaki perjalanan adalah sejauh empat kilometer, sementera peserta perempuan pula sejauh tiga kilometer.
Turut serta dalam acara tersebut ialah Penghulu Mukim Tamoi; Pengarah Haji Mokti bin Mohd Salleh, Penasihat MPK, Jawatankuasa MPK, ketua-ketua kampung dalam Mukim Tamoi; penduduk kampung dan sekitarnya.