KEMANISAN

1 April 2011

60 sertai kursus pemimpin

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April - Seramai 60 prefek Sekolah Menengah Serasa mengikuti Kursus Kepimpinan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Bahagian Bimbingan dan Kaunseling sekolah berkenaan di bilik persidangan sekolah itu.


Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti ucapan Pemangku Pengetua, Joanna Lim Jok Hon.

Sesi pagi diteruskan dengan ceramah bertajuk 'Kepimpinan Dari Perspektif Islam' disampaikan Haji Norazali Haji Sapar; 'Kepimpinan Remaja' disampaikan Zini Haji Dullah sementara Md Nazrul Ardhi Abdullah Burut menyampaikan penerangan bertajuk 'Menjadi Pemimpin Pelajar'.

Haji Azrin Haji Tunjang pula menyambung sesi berkenaan dengan tajuk 'Komunikasi dan Kepimpinan: Pengucapan Umum' dan taklimat mengenai 'Tugas dan Pembahagian Tugas' disampaikan Hajah Suanah Haji Md Jaya selaku Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar sekolah berkenaan.

Pada sebelah petang, pelajar menyertai aktiviti latihan dalam kelompok dijalankan di Pantai Muara dan dikendalikan dengan kerjasama kaunselor dari Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali dan sekolah berkenaan.