BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April - Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Kampong Salambigar mengendalikan Kejohanan Futsal antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab bagi Zon II bertempat di Padang Futsal Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak, Brunei II. Kejohanan tersebut dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Ko-kurikulum, Jabatan Sekolah-sekolah, Negara Brunei Dassalam.
Kejohanan tersebut dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori B dan C. Kategori B melibatkan 9 buah sekolah di bawah umur 15 tahun sementara 11 buah sekolah dalam kategori C disyaratkan dalam lingkungan usia 16 hingga 18 tahun.

Dalam kategori C, pasukan daripada Sekolah Menengah Sayidina Abu Bakar, Sekolah Menengah Lambak Kiri, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Menengah Pehin Dato Seri Maharaja berjaya menewaskan lawan masing-masing dan berjaya ke peringkat selanjutnya. Sekolah Menengah Vakosional Nakhoda Ragam, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali dan Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Serasa merupakan pasukan menunggu di peringkat seterusnya.