BANDAR SERI BEGAWAN , 24 April - Sekolah Menengah Pehin Dato Seri Maharaja, Mentiri mara ke peringkat akhir Kejohanan Futsal Antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Zon II setelah menundukkan SM Berakas dengan jaringan 5-4 dalam kategori B.
Pasukan berkenaan akan menghadapi SM Rimba yang berjaya menewaskan SM Lambak Kiri dengan jaringan 4-0.
Sementara kategori C diungguli oleh SM Sayidina Abu Bakar setelah menewaskan SM Lambak Kiri dengan jaringan 5-2 sementara SM Pengiran Isteri Hajah Mariam akur dengan kemenangan yang berpihak kepada Pasukan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dengan jaringan 2-0 dan seterusnya melayakkan pasukan berkenaan masuk ke peringkat akhir pada Isnin ini nanti di Padang Futsal Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak, Brunei IIA.