Oleh Sahama
Peserta membuat latihan yang diarahkan
semasa menyertai bengkel kemahiran penggunaan program Microsoft
Excel.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April - Bahagian ICT dan Publisiti, Jawatankuasa
Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Brunei III, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian
Hal Ehwal Ugama Islam menganjurkan Bengkel Kemahiran Penggunaan Program
Microsoft Excel bagi seramai 30 orang guru-guru sekolah ugama kawasan Brunei
III.
Bengkel dua hari itu yang diadakan di Makmal ICT dan Multimedia, Sekolah
Ugama Beribi, Gadong, dikendalikan oleh Ustaz Awang Haji Masfourteen bin Haji
Mohd Yusof, seorang guru ugama berkemahiran ICT dari Sekolah Ugama Beribi,
Gadong.
Ia antara lain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomputer di kalangan
guru-guru agama bagi kepentingan pengajaran yang lebih efektif menerusi
microsoft excel di samping memudahkan mereka membuat pemarkahan dan rekod
keputusan peperiksaan dengan efisyen secara 'automatic key-in' menggunakan
formula.
|