SMPIHM conducts 'Green Wave' campaign | |
SahamaJoanna Lim Jok Hon initiates the school's contribution to the "Green Wave" campaign by planting a tree.Joanna Lim Jok Hon, the school's principal in a group photo with the students and teachers participating in the 'Green Wave' campaign. - PHOTOS: SAHAMAAs part of the global "Green Wave" campaign, the Pengiran Isteri Hajah Mariam Secondary School (SMPIHM) celebrated the campaign by planting trees at the school compound area. SMPIHM is one of the schools in the country participating in the campaign.Green Wave is the second global campaign that allows children and youths around the world to contribute to the campaign of planting one billion trees on Earth. The school's principal, Joanna Lim Jok Hon led the campaign by planting 'Merbujok' trees, also known as Symplocos polyandra. The campaign aims to foster awareness amongst the students on the importance of preventing the natural environment from being destroyed. Also present was the Deputy Principal of Academics, Hj Said bin Hj Salleh; and the Deputy Principal for Administration, Hj Mohd Ali bin Hj Zainal; as well as teachers, members of the Eco-Green Team and students. |
24 Mei 2012
SMPIHM conducts 'Green Wave' campaign
Syarikat Kerjasama Pendidikan hadiri seminar koperasi
Syarikat Kerjasama Pendidikan hadiri seminar koperasi |
Oleh SahamaWakil Syarikat Kerjasama Pendidikan pada seminar itu.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei - Syarikat Kerjasama Kementerian Pendidikan
Tanggungan Berhad telah menerima undangan untuk menghadiri seminar dari Maktab
Koperasi Malaysia cawangan Sarawak di Hotel Imperial, Miri Sarawak baru-baru
ini.
Rombongan terdiri daripada Pengerusi Syarikat iaitu Haji Abdullah bin Haji
Metassim, Timbalan Pengerusi Pengiran Haji Shamsu bin Pengiran Haji Kadar dan
Penolong Bendahari Haji Zakaria bin Haji Sulaiman.
Rombongan menghadiri seminar bertajuk "Bicara Eksekutif - Kepimpinan Akar
Umbi Teras Pembangunan Holistik Koperasi" dengan tujuan untuk membangunkan
kepimpinan beretika dan berintergriti dalam organisasi yang memerlukan barisan
kepimpinan yang dinamik dan pro-aktif dalam melaksanakan sesebuah syarikat.
Kertas kerja yang dibentangkan ialah "Transformasi Kepimpinan Koperasi:
Persediaan ke Arah Organisasi Cemerlang" yang disampaikan oleh Dr. Hajah Hayati
binti Md. Salleh, Mantan Pengarah Maktab Koperasi Malaysia, cawangan
Sarawak.
Seminar tersebut sangat bermakna dan memberi manfaat bagi rombongan berkenaan
di samping peserta juga diajak memahami "Transformasi" yang memerlukan
pergerakan dengan serentak, berubah dan berganjak kepada satu destinasi
baru.
|
Warga SRHT bertahlil
Warga SRHT bertahlil |
Oleh SahamaWarga sekolah sedang bertahlil.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei - Warga Sekolah Rendah Haji Tarif, Kampung Tamoi
Tengah (SRHT) mengadakan majlis bertahlil bagi Allahyarham Awang Mohd Alli Sabri
bin Haji Awang Besar; mantan guru besar sekolah berkenaan pada tahun 2001 hingga
2007 yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.
Bacaan Tahlil diketuai oleh Awang Ashrah bin Pengarah Haji Metusin; ketua
guru ugama sekolah berkenaan.
|
SMPIHM sertai kempen sebilion pokok di bumi
SMPIHM sertai kempen sebilion pokok di bumi |
Oleh Sahama
Pengetua sekolah mengetuai acara menanam pokok dalam menyambut kempen gelombang Hijau di kawasan halaman sekolah berkenaan.
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei - Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam
tidak ketinggalan dalam menyambut kempen Gelombang Hijau (Green Wave) dengan
menanam pokok di kawasan sekolah berkenaan hari ini.
Penanaman pokok berkenaan adalah sebagai tanda sekolah berkenaan adalah salah
sebuah sekolah di seluruh negara yang terlibat dalam kempen tersebut.
Kempen Gelombang Hijau adalah kempen global kedua yang membolehkan anak-anak
dan para belia di seluruh dunia menyumbangkan tanaman bagi kempen sebilion pokok
planet di bumi ini.
Pengetua sekolah berkenaan, Joanna Lim Jok Hon mengetuai acara menanam pokok
"Merbujok".
Tujuan kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran bagi menghijaukan dan
memupuk keinsafan di kalangan pelajar agar lebih prihatin dengan alam semula
jadi daripada dimusnahkan.
Turut hadir dalam penanaman tersebut ialah Timbalan Pengetua Akademik, Haji
Said bin Haji Salleh; Timbalan Pengetua pentadbiran, Haji Mohd Ali bin Haji
Zainal, guru-guru, ahli-ahli kelab The Eco-Green Team dan pada penuntut sekolah
berkenaan.
|
18 Mei 2012
Masjid Setia Ali lancar Khatam Al-Quran 50 kali
Masjid Setia Ali lancar Khatam Al-Quran 50 kali |
Oleh SahamaMajlis pelancaran 50 kali khatam.
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei - Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara mengadakan
Majlis Pelancaran Membaca Al-Quran 50 kali Khatam Sempena Jubli Emas masjid
berkenaan dibina.
Majlis tersebut dimulakan selepas solat fardhu Maghrib dengan bacaan Surah
Al-Fatihah yang dipimpin oleh imam masjid berkenaan, Pengiran Haji Rusman bin
Pengiran Haji Shahbudin.
Bacaan Al-Quran didahului oleh para pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal masjid
dan jemaah masjid berkenaan.
Hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Kampong Masjid Lama, Pekan Muara,
Sabun dan Pelumpong, Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @Haji Othman,
ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, penduduk kampung dan jemaah
masjid berkenaan.
Masjid berkenaan mula dibina pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada bulan
November 1961 di atas tapak tanah seluas 2,590 ekar. Ia telah dibuka rasmi oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi
Waddien (Al-Marhum) pada 5 Muharram, 1382 bersamaan dengan 8 Jun, 1962.
Antara kemudahan yang terdapat di Masjid Setia Ali ialah dewan serba guna,
bilik mesyuarat dan kutubkhanah.
|
SRHT celebrates National Family Day
SRHT celebrates National Family Day | |
SahamaFather and son helping each other in one of the activitiesGroup photo of the participants in the Family Day celebration
Haji Tarif Primary School (SRHT) in Kampong Tamoi Tengah, Kampong Ayer
recently held a Family Day celebration at the school's main hall.
The celebration started with a thanksgiving prayer led by the school's Head
Religious Teacher, Ustaz Ashrah bin Pengarah Hj Metusin. This was followed by a
welcoming speech from the Principal of the school, Dyg Hamiltun binti Hj Abdul
Samad.
A group aerobics session was held prior to a mini-sports event, joined by the
teachers, students and parents. The fun events included 'lucky draws' with
prizes contributed by the school staff and parents.
The objectives of the family day were to strengthen the relationship between
parents, school staff and students and to promote harmony among the students and
their respective families.
| |
17 Mei 2012
SMSSA kendalikan ceramah kepimpinan
SMSSA kendalikan ceramah kepimpinan |
Oleh SahamaBergambar kenangan dengan pengetua sekolah berkenaan.
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei - Bahagian Sumber Tenaga Manusia dengan kerjasama
Bahagian Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali,
Kampong Salambigar telah mengendalikan program kepimpinan iaitu "workplan 2012"
bagi prefek sekolah menengah Kluster 2 bertempat di bilik persidangan sekolah
berkenaan.
Di majlis taklimat berkenaat ceramah bertajuk 'Kepimpinan yang Luar Biasa'
telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan
Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Ali Yusri bin Haji Abdul
Ghafor.
Awang Ali Yusri dalam ceramahnya antara lain menyentuh mengenai pemimpin
sekolah yang boleh dijadikan sebagai model peranan dan yang melibatkan diri
dalam semua kegiatan yang dianjurkan oleh pihak itu.
Selain itu, tambah beliau, seorang pemimpin juga harus menghapuskan
kelalaian, merealisasukan sesuatu yang dianggap mustahil dan memahami keperluan
yang tidak dilafazkan oleh teman-teman.
Turut hadir dalam ceramah berkenaan ialah pengetua sekolah berkenaan; Awang
Zamain bin Abdul, kaunselor sekolah Kluster 2 dan guru-guru pembantu kaunselor
sekolah yang terlibat. |
'Reading the Quran for 50 times'
Setia Ali Takmir Mosque launches 'Reading the Quran for 50 times' | |
SahamaDuring the launching of the 'Reading the Quran for 50 times'. - SAHAMA
Setia Ali Takmir Mosque of Pekan Muara launched the 'Reading the Quran for 50
times' in line with the mosque's Golden Jubilee.
The ceremony started after the Maghrib prayer, with the recitation of surah
al-fatihah, led by the mosque's Imam, Pg Hj Rusman bin Pg Hj Shahbudin.
Officers from the Department of Mosque Affairs headed a congregation from the
mosque for the Quran reading.
Also present were the Village Head of Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun
and Pelumpong, Pg Haji Mohamed bin Pg Haji Osman @ Othman and Setia Ali Takmir
Mosque Committee.
The mosque was built in 1960 and completed in November 1961 on 2.59 acres of
land.
It was officially opened by Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien on Muharram 5, 1382, corresponding to June 8, 1962.
|
Leadership talk at SMSSA
Leadership talk at SMSSA | |
Sahama
The Human Resources Division, in collaboration with the Counselling and
Career Services Division of Sultan Sharif Ali Secondary School, Kampong
Salambigar held a leadership programme called 'Work Plan 2012' for the school
prefects of Cluster Two at its conference room.
Cikgu Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor, Acting Head of Counselling and Career,
Department of Schools, Ministry of Education presented a lecture entitled
'Extraordinary Leadership'.
During the lecture, Cikgu Ali Yusri emphasised on how school leaders who can
serve as role models and participate in all school activities. In addition,
leaders must eliminate negligence to realise what is deemed impossible, and to
understand the needs.
Also present was the school's Principal, Awang Zamain bin Abdul, counsellors
of Cluster Two and assistant counsellors.
|
SMPIHM celebrates fun 'Family Day'
SMPIHM celebrates fun 'Family Day' | |||
Sahama
SMPIHM in Serasa celebrated Family Day with fun activities in sports and
competitions involving students and their family members. The celebration was
held to support the recent National Family Day.
The event began with speeches from the Deputy Principal, Awang Haji Mohd Ali
bin Haji Zainal followed by the opening of the Family Day.
Apart from supporting Family Day, the celebration was also aimed at
strengthening family ties and foster better understanding amongst school
teachers, parents, guardians and students. The ceremony concluded with a prize
presentation to winners of the events. The celebration was witnessed by the
School Principal, Joanna Lim Jok Hon, teachers, students and parents.
|
SMPIHM sambut Hari Keluarga
SMPIHM sambut Hari Keluarga | ||
Oleh Sahama
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei - Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan yang
dirasmikan minggu lalu terus disambut dengan meriah terutamanya sekolah-sekolah
di negara ini, termasuk Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Mukim
Serasa hari ini.
Sambutan dimeriahkan dengan sukan ria, gerai jualan, pertandingan-pertandingan yang melibatkan penuntut dan ahli keluarga masing-masing, yang berlangsung di kawasan lapang sekolah berkenaan. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada timbalan pengetua sekolah berkenaan, Awang Haji Mohd Ali bin Haji Zainal dan seterusnya merasmikan sambutan berkenaan. Selain daripada menyokong sambutan Hari Keluarga, sambutan ini juga bertujuan membina keutuhan institusi kekeluargaan dan mengeratkan silaturahim serta mewujudkan kemesraan, keharmonian dan keprihatinan di kalangan warga sekolah iaitu guru-guru, ibu bapa/ penjaga, dan pelajar-pelajar serta kakitangan sekolah. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan. Turut menghadiri sambutan tersebut ialah Pengetua sekolah berkenaan Dayang Joanna Lim Jok Hon, guru-guru, pelajar dan ibu bapa sekolah tersebut. | ||
12 Mei 2012
<>
Sukarelawan Sg Kebun
buat latihan bomba
|
Oleh SahamaSukarelawan Bomba Kg Sungai Kebun membuat latihan penuh memadamkan kebakaran.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei - Pasukan Bomba dan Penyelamat Laut mengadakan
latihan skim sukarelawan bagi Mukim Sungai Kebun di Balai Bomba Laut cawangan
operasi 'D'.
Latihan terakhir selama tiga tersebut diadakan di Kampong Setia 'B'. Latihan
di Mukim Sungai Kebun diketuai oleh Awang Aji bin Haji Metussin dengan cara-cara
memadam kebakaran rumah.
Selepas selesai latihan, Pegawai Perhubungan Awan Cawangan operasi 'D'; SO
Matassan bin Md Yusof dibantu oleh ahli bomba Kelas Satu 559 Rustam Efandi bin
Haji Metussin membuat penerangan mengenai cara-cara memadamkan kebakaran rumah
dan menggunakan peralatan bomba dengan cekap.
Latihan tersebut adalah langkah bagi tindakan awal ketika kecemasan sebelum
Pasukan Bomba dan Penyelamat sampai ke tempat kejadian. Di samping itu juga, ia
dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan khususnya kepada ahli-ahli skim
sukarelawan dan orang ramai amnya.
|
10 Mei 2012
SMPIHM juara Kejohanan Badminton
SMPIHM juara
Kejohanan Badminton
|
Oleh SahamaPengetua SMPIHM Dayang Joanna Lim Jok Hon bergambar kenangan dengan penuntut dan guru pengawas sekolah berkenaan.
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei - Beregu Lelaki dan Perempuan bagi Kategori B
Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Mukim Serasa muncul sebagai juara
dalam Kejohanan Badminton Sekolah dan Maktab Zon II yang berlangsung di Dewan
Sekolah Sukan.
Sebanyak 8 perlawanan dipertandingkan di peringkat akhir. Awang Haimie Anak
Nyaring dengan pasangannya Awang Roziman Anak Sulau mempertahankan gelaran juara
yang disandang pada tahun lepas setelah menewaskan pasukan Sekolah Menengah
Rimba II.
Sementara beregu perempuan kategori B iaitu Dayang Nurulafiqah binti Awang
Tuah dan Dayang Siti Nur Sabarina binti Haji Makhbar menewaskan pasukan dari
Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan manakala Dayang Nurizzati
Syazwani binti Saifuddin (SMPIHM) ditewaskan oleh pasukan Pusat Tingkatan Enam,
Katok.
Awang Roslin bin Suhailee, Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan
Kokurikulum, Kementerian Pendidikan selaku Tetamu Kehormat dalam kejohanan
tersebut dan berkesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan diamanahkan oleh Jabatan
Pendidikan Ko-kurikulum sebagai pengendali kejohanan.
|
SU Beribi lancar Bulan Kitar Semula
<><>
<><>
SU Beribi lancar
Bulan Kitar Semula
| ||
Oleh Sahama
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei - Sekolah Ugama Beribi, Gadong hari ini telah
melancarkan program Bulan Kitar Semula bagi warga sekolah, yang berlangsung di
Dewan Fahtul Busyra sekolah berkenaan.
Turut hadir di majlis itu ialah guru besar sekolah berkenaan, Pengiran Hajah
Aminah binti Pengiran Haji Bakar, timbalan guru besar, guru-guru dan para
pelajar.
Di majlis pelancaran itu, taklimat turut diadakan yang disampaikan oleh
pegawai di Bahagian Kawalan Pencemaran, Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi,
Kementerian Pembangunan, Awang Wan Firdaus bin Haji Hamidun.
Majlis kemudian turut menyaksikan pembungan bahan buangan kitar semula, yang
dibahagikan kepada tiga tong khas, iaitu tong kertas (berwarna biru), tong botol
plastik (merah) dan tong aluminium (kuning).
|
6 Mei 2012
70 menderma darah
70 menderma darah |
Oleh Sahama
|
Bengkel ICT di SU Beribi
Bengkel ICT di SU Beribi |
Oleh Sahama
BANDAR SERI BEGAWAN - Guru-guru ugama Sekolah Ugama Beribi, Gadong, Kawasan
Brunei III termasuk guru besar sekolah berkenaan iaitu Pengiran Hajah Aminah
binti Pengiran Haji Besar, Penolong Guru Besar; Haji Ahmasani bin Haji Ahmad
menghadiri Bengkel Kemahiran Penggunaan Ulead Photo Express di Makmal ICT dan
Multimedia, Sekolah Ugama Beribi, dianjurkan oleh Unit ICT dan Multimedia,
Bahagian Akademik, sekolah itu.
Fasilitator dalam program tersebut ialah Awang Haji Masfourteen bin Haji Mohd
Yusof iaitu guru ugama berkemahiran ICT dari Sekolah Ugama Beribi, Gadong.
Tujuan bengkel tersebut diadakan supaya guru menyediakan alat bantu mengajar
dengan lebih menarik yang dapat membantu memperkukuh kefahaman murid mengenai
isi pelajaran selain daripada teori dan praktikal dalam pengajaran di samping
memperkenalkan pengisian baru serta agar para guru tidak ketinggalan dengan
perubahan zaman teknologi pada masa kini.
|
SMSSA sambut Hari Keluarga dengan program motivasi
SMSSA sambut Hari Keluarga dengan program motivasi |
Oleh Sahama
|
2 Mei 2012
Cooperative in study tour to Indonesian private school
Cooperative in study tour to Indonesian private school | |||||||
Sahama
Syarikat Koperasi Kerjasama Kementerian Pendidikan dan Tanggungan Berhad
conducted a study tour known as 'Education Fair Lasbela to Surabaya,
Indonesia'.
The delegation was headed by Pg Hj Shamsu bin Pg Hj Kadar, Deputy Chairman of
the company.
The co-operative is the only company under the supervision of BINA, which
identifies the organisation and management of overseas cooperatives to gain
knowledge that can be adapted and propagated in matters of business in
education.
The delegation visited a private school, Yayasan Al-Hikmah Islamic
Educational Foundation, better known as "Al-Hikmah".
The purpose of the visit was to gain experience and exchange ideas as well as
strengthen the friendship between two institutions.
The delegation was welcomed by Mr Muryanto Atmadjo; Attorney General of
Al-Hikmah, Mim Saiful Hadi; Head Office and Al-Hikmah teachers.
A briefing was then held for the delegation, informing about the founding of
Al-Hikmah, which has been in operation for 20 years since 1992 with the mission
and vision of Islamic education based on the Al-Quran and As-Sunnah.
The visitors were later taken on a tour of the premises including classes in
progress, dining hall, library, administrative rooms and the school grounds.
The visit concluded with the exchange of souvenirs between the two
parties.
|
SKKP lawat sekolah swasta Indonesia
<><>
<><>
SKKP lawat sekolah
swasta Indonesia
|
Oleh Sahama
|
Ugama diperkaya kemahiran Microsoft Excel
Ugama diperkaya kemahiran Microsoft Excel |
Oleh Sahama
|
Langgan:
Catatan (Atom)