KEMANISAN

10 Mei 2012

SU Beribi lancar Bulan Kitar Semula

<><>
<><>
SU Beribi lancar Bulan Kitar Semula

Oleh Sahama
Salah seorang guru membuang tin dalam tong yang dikhaskan.

Pelajar membuang plastik ke dalam tong yang dikhaskan.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei - Sekolah Ugama Beribi, Gadong hari ini telah melancarkan program Bulan Kitar Semula bagi warga sekolah, yang berlangsung di Dewan Fahtul Busyra sekolah berkenaan.
Turut hadir di majlis itu ialah guru besar sekolah berkenaan, Pengiran Hajah Aminah binti Pengiran Haji Bakar, timbalan guru besar, guru-guru dan para pelajar.
Di majlis pelancaran itu, taklimat turut diadakan yang disampaikan oleh pegawai di Bahagian Kawalan Pencemaran, Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan, Awang Wan Firdaus bin Haji Hamidun.
Majlis kemudian turut menyaksikan pembungan bahan buangan kitar semula, yang dibahagikan kepada tiga tong khas, iaitu tong kertas (berwarna biru), tong botol plastik (merah) dan tong aluminium (kuning).