Sukarelawan Sg Kebun
buat latihan bomba
|
Oleh SahamaSukarelawan Bomba Kg Sungai Kebun membuat latihan penuh memadamkan kebakaran.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei - Pasukan Bomba dan Penyelamat Laut mengadakan
latihan skim sukarelawan bagi Mukim Sungai Kebun di Balai Bomba Laut cawangan
operasi 'D'.
Latihan terakhir selama tiga tersebut diadakan di Kampong Setia 'B'. Latihan
di Mukim Sungai Kebun diketuai oleh Awang Aji bin Haji Metussin dengan cara-cara
memadam kebakaran rumah.
Selepas selesai latihan, Pegawai Perhubungan Awan Cawangan operasi 'D'; SO
Matassan bin Md Yusof dibantu oleh ahli bomba Kelas Satu 559 Rustam Efandi bin
Haji Metussin membuat penerangan mengenai cara-cara memadamkan kebakaran rumah
dan menggunakan peralatan bomba dengan cekap.
Latihan tersebut adalah langkah bagi tindakan awal ketika kecemasan sebelum
Pasukan Bomba dan Penyelamat sampai ke tempat kejadian. Di samping itu juga, ia
dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan khususnya kepada ahli-ahli skim
sukarelawan dan orang ramai amnya.
|