Bengkel ICT di SU Beribi |
Oleh Sahama
BANDAR SERI BEGAWAN - Guru-guru ugama Sekolah Ugama Beribi, Gadong, Kawasan
Brunei III termasuk guru besar sekolah berkenaan iaitu Pengiran Hajah Aminah
binti Pengiran Haji Besar, Penolong Guru Besar; Haji Ahmasani bin Haji Ahmad
menghadiri Bengkel Kemahiran Penggunaan Ulead Photo Express di Makmal ICT dan
Multimedia, Sekolah Ugama Beribi, dianjurkan oleh Unit ICT dan Multimedia,
Bahagian Akademik, sekolah itu.
Fasilitator dalam program tersebut ialah Awang Haji Masfourteen bin Haji Mohd
Yusof iaitu guru ugama berkemahiran ICT dari Sekolah Ugama Beribi, Gadong.
Tujuan bengkel tersebut diadakan supaya guru menyediakan alat bantu mengajar
dengan lebih menarik yang dapat membantu memperkukuh kefahaman murid mengenai
isi pelajaran selain daripada teori dan praktikal dalam pengajaran di samping
memperkenalkan pengisian baru serta agar para guru tidak ketinggalan dengan
perubahan zaman teknologi pada masa kini.
|