Syarikat Kerjasama Pendidikan hadiri seminar koperasi |
Oleh SahamaWakil Syarikat Kerjasama Pendidikan pada seminar itu.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei - Syarikat Kerjasama Kementerian Pendidikan
Tanggungan Berhad telah menerima undangan untuk menghadiri seminar dari Maktab
Koperasi Malaysia cawangan Sarawak di Hotel Imperial, Miri Sarawak baru-baru
ini.
Rombongan terdiri daripada Pengerusi Syarikat iaitu Haji Abdullah bin Haji
Metassim, Timbalan Pengerusi Pengiran Haji Shamsu bin Pengiran Haji Kadar dan
Penolong Bendahari Haji Zakaria bin Haji Sulaiman.
Rombongan menghadiri seminar bertajuk "Bicara Eksekutif - Kepimpinan Akar
Umbi Teras Pembangunan Holistik Koperasi" dengan tujuan untuk membangunkan
kepimpinan beretika dan berintergriti dalam organisasi yang memerlukan barisan
kepimpinan yang dinamik dan pro-aktif dalam melaksanakan sesebuah syarikat.
Kertas kerja yang dibentangkan ialah "Transformasi Kepimpinan Koperasi:
Persediaan ke Arah Organisasi Cemerlang" yang disampaikan oleh Dr. Hajah Hayati
binti Md. Salleh, Mantan Pengarah Maktab Koperasi Malaysia, cawangan
Sarawak.
Seminar tersebut sangat bermakna dan memberi manfaat bagi rombongan berkenaan
di samping peserta juga diajak memahami "Transformasi" yang memerlukan
pergerakan dengan serentak, berubah dan berganjak kepada satu destinasi
baru.
|