KEMANISAN

10 Mei 2012

SMPIHM juara Kejohanan Badminton

SMPIHM juara Kejohanan Badminton
Oleh Sahama
Pengetua SMPIHM Dayang Joanna Lim Jok Hon bergambar kenangan dengan penuntut dan guru pengawas sekolah berkenaan.
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei - Beregu Lelaki dan Perempuan bagi Kategori B Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Mukim Serasa muncul sebagai juara dalam Kejohanan Badminton Sekolah dan Maktab Zon II yang berlangsung di Dewan Sekolah Sukan.
Sebanyak 8 perlawanan dipertandingkan di peringkat akhir. Awang Haimie Anak Nyaring dengan pasangannya Awang Roziman Anak Sulau mempertahankan gelaran juara yang disandang pada tahun lepas setelah menewaskan pasukan Sekolah Menengah Rimba II.
Sementara beregu perempuan kategori B iaitu Dayang Nurulafiqah binti Awang Tuah dan Dayang Siti Nur Sabarina binti Haji Makhbar menewaskan pasukan dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan manakala Dayang Nurizzati Syazwani binti Saifuddin (SMPIHM) ditewaskan oleh pasukan Pusat Tingkatan Enam, Katok.
Awang Roslin bin Suhailee, Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan selaku Tetamu Kehormat dalam kejohanan tersebut dan berkesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan diamanahkan oleh Jabatan Pendidikan Ko-kurikulum sebagai pengendali kejohanan.