KEMANISAN

17 Mei 2012

SMPIHM sambut Hari Keluarga

SMPIHM sambut Hari Keluarga

Oleh Sahama

Senaman ringan sebelum acara dijalankan.
Pengetua tidak ketinggalan ikut menyertai salah satu aktiviti.
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei - Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan yang dirasmikan minggu lalu terus disambut dengan meriah terutamanya sekolah-sekolah di negara ini, termasuk Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Mukim Serasa hari ini.
Sambutan dimeriahkan dengan sukan ria, gerai jualan, pertandingan-pertandingan yang melibatkan penuntut dan ahli keluarga masing-masing, yang berlangsung di kawasan lapang sekolah berkenaan.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada timbalan pengetua sekolah berkenaan, Awang Haji Mohd Ali bin Haji Zainal dan seterusnya merasmikan sambutan berkenaan.
Selain daripada menyokong sambutan Hari Keluarga, sambutan ini juga bertujuan membina keutuhan institusi kekeluargaan dan mengeratkan silaturahim serta mewujudkan kemesraan, keharmonian dan keprihatinan di kalangan warga sekolah iaitu guru-guru, ibu bapa/ penjaga, dan pelajar-pelajar serta kakitangan sekolah.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan. Turut menghadiri sambutan tersebut ialah Pengetua sekolah berkenaan Dayang Joanna Lim Jok Hon, guru-guru, pelajar dan ibu bapa sekolah tersebut.