KEMANISAN

17 Mei 2012

SMSSA kendalikan ceramah kepimpinan

SMSSA kendalikan ceramah kepimpinan

Oleh Sahama
Bergambar kenangan dengan pengetua sekolah berkenaan.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei - Bahagian Sumber Tenaga Manusia dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Kampong Salambigar telah mengendalikan program kepimpinan iaitu "workplan 2012" bagi prefek sekolah menengah Kluster 2 bertempat di bilik persidangan sekolah berkenaan.
Di majlis taklimat berkenaat ceramah bertajuk 'Kepimpinan yang Luar Biasa' telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.
Awang Ali Yusri dalam ceramahnya antara lain menyentuh mengenai pemimpin sekolah yang boleh dijadikan sebagai model peranan dan yang melibatkan diri dalam semua kegiatan yang dianjurkan oleh pihak itu.
Selain itu, tambah beliau, seorang pemimpin juga harus menghapuskan kelalaian, merealisasukan sesuatu yang dianggap mustahil dan memahami keperluan yang tidak dilafazkan oleh teman-teman.
Turut hadir dalam ceramah berkenaan ialah pengetua sekolah berkenaan; Awang Zamain bin Abdul, kaunselor sekolah Kluster 2 dan guru-guru pembantu kaunselor sekolah yang terlibat.