Masjid Setia Ali lancar Khatam Al-Quran 50 kali |
Oleh SahamaMajlis pelancaran 50 kali khatam.
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei - Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara mengadakan
Majlis Pelancaran Membaca Al-Quran 50 kali Khatam Sempena Jubli Emas masjid
berkenaan dibina.
Majlis tersebut dimulakan selepas solat fardhu Maghrib dengan bacaan Surah
Al-Fatihah yang dipimpin oleh imam masjid berkenaan, Pengiran Haji Rusman bin
Pengiran Haji Shahbudin.
Bacaan Al-Quran didahului oleh para pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal masjid
dan jemaah masjid berkenaan.
Hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Kampong Masjid Lama, Pekan Muara,
Sabun dan Pelumpong, Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @Haji Othman,
ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, penduduk kampung dan jemaah
masjid berkenaan.
Masjid berkenaan mula dibina pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada bulan
November 1961 di atas tapak tanah seluas 2,590 ekar. Ia telah dibuka rasmi oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi
Waddien (Al-Marhum) pada 5 Muharram, 1382 bersamaan dengan 8 Jun, 1962.
Antara kemudahan yang terdapat di Masjid Setia Ali ialah dewan serba guna,
bilik mesyuarat dan kutubkhanah.
|