Oleh Sahama
Antara anggota bomba yang menderma
darah.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei - Seramai 70 orang Pegawai dan Anggota Bomba dan
Penyelamat Laut, Cawangan Operasi "D", termasuk Skim Sukarelawan Bomba dan orang
ramai telah menyertai Kempen Menderma Darah yang diadakan di Balai Bomba dan
Penyelamat Laut, Sungai Kebun, Cawangan Operasi 'D" dengan kerjasama Hospital
Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan, Negara Brunei
Darussalam.
SSFR Awang Mahli bin Hj Bolhaji mengetuai kempen tersebut sempena Hari Ulang
Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang Ke
52 tahun.