KEMANISAN

24 Mei 2012

SMPIHM conducts 'Green Wave' campaign

SMPIHM conducts 'Green Wave' campaign
Sahama
Joanna Lim Jok Hon initiates the school's contribution to the "Green Wave" campaign by planting a tree.
Joanna Lim Jok Hon, the school's principal in a group photo with the students and teachers participating in the 'Green Wave' campaign. - PHOTOS: SAHAMA
As part of the global "Green Wave" campaign, the Pengiran Isteri Hajah Mariam Secondary School (SMPIHM) celebrated the campaign by planting trees at the school compound area. SMPIHM is one of the schools in the country participating in the campaign.
Green Wave is the second global campaign that allows children and youths around the world to contribute to the campaign of planting one billion trees on Earth.
The school's principal, Joanna Lim Jok Hon led the campaign by planting 'Merbujok' trees, also known as Symplocos polyandra.
The campaign aims to foster awareness amongst the students on the importance of preventing the natural environment from being destroyed.
Also present was the Deputy Principal of Academics, Hj Said bin Hj Salleh; and the Deputy Principal for Administration, Hj Mohd Ali bin Hj Zainal; as well as teachers, members of the Eco-Green Team and students.

Syarikat Kerjasama Pendidikan hadiri seminar koperasi

Syarikat Kerjasama Pendidikan hadiri seminar koperasi
Oleh Sahama
Wakil Syarikat Kerjasama Pendidikan pada seminar itu.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei - Syarikat Kerjasama Kementerian Pendidikan Tanggungan Berhad telah menerima undangan untuk menghadiri seminar dari Maktab Koperasi Malaysia cawangan Sarawak di Hotel Imperial, Miri Sarawak baru-baru ini.
Rombongan terdiri daripada Pengerusi Syarikat iaitu Haji Abdullah bin Haji Metassim, Timbalan Pengerusi Pengiran Haji Shamsu bin Pengiran Haji Kadar dan Penolong Bendahari Haji Zakaria bin Haji Sulaiman.
Rombongan menghadiri seminar bertajuk "Bicara Eksekutif - Kepimpinan Akar Umbi Teras Pembangunan Holistik Koperasi" dengan tujuan untuk membangunkan kepimpinan beretika dan berintergriti dalam organisasi yang memerlukan barisan kepimpinan yang dinamik dan pro-aktif dalam melaksanakan sesebuah syarikat.
Kertas kerja yang dibentangkan ialah "Transformasi Kepimpinan Koperasi: Persediaan ke Arah Organisasi Cemerlang" yang disampaikan oleh Dr. Hajah Hayati binti Md. Salleh, Mantan Pengarah Maktab Koperasi Malaysia, cawangan Sarawak.
Seminar tersebut sangat bermakna dan memberi manfaat bagi rombongan berkenaan di samping peserta juga diajak memahami "Transformasi" yang memerlukan pergerakan dengan serentak, berubah dan berganjak kepada satu destinasi baru.

Warga SRHT bertahlil

Warga SRHT bertahlil
Oleh Sahama
Warga sekolah sedang bertahlil.

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei - Warga Sekolah Rendah Haji Tarif, Kampung Tamoi Tengah (SRHT) mengadakan majlis bertahlil bagi Allahyarham Awang Mohd Alli Sabri bin Haji Awang Besar; mantan guru besar sekolah berkenaan pada tahun 2001 hingga 2007 yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.
Bacaan Tahlil diketuai oleh Awang Ashrah bin Pengarah Haji Metusin; ketua guru ugama sekolah berkenaan.

SMPIHM sertai kempen sebilion pokok di bumi

SMPIHM sertai kempen sebilion pokok di bumi
Oleh Sahama
Pengetua sekolah mengetuai acara menanam pokok dalam menyambut kempen gelombang Hijau di kawasan halaman sekolah berkenaan.

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei - Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam tidak ketinggalan dalam menyambut kempen Gelombang Hijau (Green Wave) dengan menanam pokok di kawasan sekolah berkenaan hari ini.
Penanaman pokok berkenaan adalah sebagai tanda sekolah berkenaan adalah salah sebuah sekolah di seluruh negara yang terlibat dalam kempen tersebut.
Kempen Gelombang Hijau adalah kempen global kedua yang membolehkan anak-anak dan para belia di seluruh dunia menyumbangkan tanaman bagi kempen sebilion pokok planet di bumi ini.
Pengetua sekolah berkenaan, Joanna Lim Jok Hon mengetuai acara menanam pokok "Merbujok".
Tujuan kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran bagi menghijaukan dan memupuk keinsafan di kalangan pelajar agar lebih prihatin dengan alam semula jadi daripada dimusnahkan.
Turut hadir dalam penanaman tersebut ialah Timbalan Pengetua Akademik, Haji Said bin Haji Salleh; Timbalan Pengetua pentadbiran, Haji Mohd Ali bin Haji Zainal, guru-guru, ahli-ahli kelab The Eco-Green Team dan pada penuntut sekolah berkenaan.

18 Mei 2012

Masjid Setia Ali lancar Khatam Al-Quran 50 kali

Masjid Setia Ali lancar Khatam Al-Quran 50 kali
Oleh Sahama
Majlis pelancaran 50 kali khatam.

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei - Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara mengadakan Majlis Pelancaran Membaca Al-Quran 50 kali Khatam Sempena Jubli Emas masjid berkenaan dibina.
Majlis tersebut dimulakan selepas solat fardhu Maghrib dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh imam masjid berkenaan, Pengiran Haji Rusman bin Pengiran Haji Shahbudin.
Bacaan Al-Quran didahului oleh para pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal masjid dan jemaah masjid berkenaan.
Hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @Haji Othman, ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan.
Masjid berkenaan mula dibina pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada bulan November 1961 di atas tapak tanah seluas 2,590 ekar. Ia telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (Al-Marhum) pada 5 Muharram, 1382 bersamaan dengan 8 Jun, 1962.
Antara kemudahan yang terdapat di Masjid Setia Ali ialah dewan serba guna, bilik mesyuarat dan kutubkhanah.

SRHT celebrates National Family Day

SRHT celebrates National Family Day
Sahama
Father and son helping each other in one of the activities

Group photo of the participants in the Family Day celebration

Haji Tarif Primary School (SRHT) in Kampong Tamoi Tengah, Kampong Ayer recently held a Family Day celebration at the school's main hall.
The celebration started with a thanksgiving prayer led by the school's Head Religious Teacher, Ustaz Ashrah bin Pengarah Hj Metusin. This was followed by a welcoming speech from the Principal of the school, Dyg Hamiltun binti Hj Abdul Samad.
A group aerobics session was held prior to a mini-sports event, joined by the teachers, students and parents. The fun events included 'lucky draws' with prizes contributed by the school staff and parents.
The objectives of the family day were to strengthen the relationship between parents, school staff and students and to promote harmony among the students and their respective families.

17 Mei 2012

SMSSA kendalikan ceramah kepimpinan

SMSSA kendalikan ceramah kepimpinan

Oleh Sahama
Bergambar kenangan dengan pengetua sekolah berkenaan.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei - Bahagian Sumber Tenaga Manusia dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Kampong Salambigar telah mengendalikan program kepimpinan iaitu "workplan 2012" bagi prefek sekolah menengah Kluster 2 bertempat di bilik persidangan sekolah berkenaan.
Di majlis taklimat berkenaat ceramah bertajuk 'Kepimpinan yang Luar Biasa' telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.
Awang Ali Yusri dalam ceramahnya antara lain menyentuh mengenai pemimpin sekolah yang boleh dijadikan sebagai model peranan dan yang melibatkan diri dalam semua kegiatan yang dianjurkan oleh pihak itu.
Selain itu, tambah beliau, seorang pemimpin juga harus menghapuskan kelalaian, merealisasukan sesuatu yang dianggap mustahil dan memahami keperluan yang tidak dilafazkan oleh teman-teman.
Turut hadir dalam ceramah berkenaan ialah pengetua sekolah berkenaan; Awang Zamain bin Abdul, kaunselor sekolah Kluster 2 dan guru-guru pembantu kaunselor sekolah yang terlibat.

'Reading the Quran for 50 times'

Setia Ali Takmir Mosque launches 'Reading the Quran for 50 times'
Sahama
During the launching of the 'Reading the Quran for 50 times'. - SAHAMA

Setia Ali Takmir Mosque of Pekan Muara launched the 'Reading the Quran for 50 times' in line with the mosque's Golden Jubilee.
The ceremony started after the Maghrib prayer, with the recitation of surah al-fatihah, led by the mosque's Imam, Pg Hj Rusman bin Pg Hj Shahbudin.
Officers from the Department of Mosque Affairs headed a congregation from the mosque for the Quran reading.
Also present were the Village Head of Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun and Pelumpong, Pg Haji Mohamed bin Pg Haji Osman @ Othman and Setia Ali Takmir Mosque Committee.
The mosque was built in 1960 and completed in November 1961 on 2.59 acres of land.
It was officially opened by Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien on Muharram 5, 1382, corresponding to June 8, 1962.

Leadership talk at SMSSA

Leadership talk at SMSSA
Sahama

Group photo of the principal, staff and students during the event. - SAHAMA

The Human Resources Division, in collaboration with the Counselling and Career Services Division of Sultan Sharif Ali Secondary School, Kampong Salambigar held a leadership programme called 'Work Plan 2012' for the school prefects of Cluster Two at its conference room.
Cikgu Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor, Acting Head of Counselling and Career, Department of Schools, Ministry of Education presented a lecture entitled 'Extraordinary Leadership'.
During the lecture, Cikgu Ali Yusri emphasised on how school leaders who can serve as role models and participate in all school activities. In addition, leaders must eliminate negligence to realise what is deemed impossible, and to understand the needs.
Also present was the school's Principal, Awang Zamain bin Abdul, counsellors of Cluster Two and assistant counsellors.

SMPIHM celebrates fun 'Family Day'

SMPIHM celebrates fun 'Family Day'
Sahama
The principal observes a cooking demonstration. PHOTOS: SAHAMA
Children participating in a drawing and colouring contest
SMPIHM in Serasa celebrated Family Day with fun activities in sports and competitions involving students and their family members. The celebration was held to support the recent National Family Day.
The event began with speeches from the Deputy Principal, Awang Haji Mohd Ali bin Haji Zainal followed by the opening of the Family Day.
Apart from supporting Family Day, the celebration was also aimed at strengthening family ties and foster better understanding amongst school teachers, parents, guardians and students. The ceremony concluded with a prize presentation to winners of the events. The celebration was witnessed by the School Principal, Joanna Lim Jok Hon, teachers, students and parents.

SMPIHM sambut Hari Keluarga

SMPIHM sambut Hari Keluarga

Oleh Sahama

Senaman ringan sebelum acara dijalankan.
Pengetua tidak ketinggalan ikut menyertai salah satu aktiviti.
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei - Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan yang dirasmikan minggu lalu terus disambut dengan meriah terutamanya sekolah-sekolah di negara ini, termasuk Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Mukim Serasa hari ini.
Sambutan dimeriahkan dengan sukan ria, gerai jualan, pertandingan-pertandingan yang melibatkan penuntut dan ahli keluarga masing-masing, yang berlangsung di kawasan lapang sekolah berkenaan.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada timbalan pengetua sekolah berkenaan, Awang Haji Mohd Ali bin Haji Zainal dan seterusnya merasmikan sambutan berkenaan.
Selain daripada menyokong sambutan Hari Keluarga, sambutan ini juga bertujuan membina keutuhan institusi kekeluargaan dan mengeratkan silaturahim serta mewujudkan kemesraan, keharmonian dan keprihatinan di kalangan warga sekolah iaitu guru-guru, ibu bapa/ penjaga, dan pelajar-pelajar serta kakitangan sekolah.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan. Turut menghadiri sambutan tersebut ialah Pengetua sekolah berkenaan Dayang Joanna Lim Jok Hon, guru-guru, pelajar dan ibu bapa sekolah tersebut.

12 Mei 2012

<>
Sukarelawan Sg Kebun buat latihan bomba


Oleh Sahama
Sukarelawan Bomba Kg Sungai Kebun membuat latihan penuh memadamkan kebakaran.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei - Pasukan Bomba dan Penyelamat Laut mengadakan latihan skim sukarelawan bagi Mukim Sungai Kebun di Balai Bomba Laut cawangan operasi 'D'.
Latihan terakhir selama tiga tersebut diadakan di Kampong Setia 'B'. Latihan di Mukim Sungai Kebun diketuai oleh Awang Aji bin Haji Metussin dengan cara-cara memadam kebakaran rumah.
Selepas selesai latihan, Pegawai Perhubungan Awan Cawangan operasi 'D'; SO Matassan bin Md Yusof dibantu oleh ahli bomba Kelas Satu 559 Rustam Efandi bin Haji Metussin membuat penerangan mengenai cara-cara memadamkan kebakaran rumah dan menggunakan peralatan bomba dengan cekap.
Latihan tersebut adalah langkah bagi tindakan awal ketika kecemasan sebelum Pasukan Bomba dan Penyelamat sampai ke tempat kejadian. Di samping itu juga, ia dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan khususnya kepada ahli-ahli skim sukarelawan dan orang ramai amnya.

10 Mei 2012

SMPIHM juara Kejohanan Badminton

SMPIHM juara Kejohanan Badminton
Oleh Sahama
Pengetua SMPIHM Dayang Joanna Lim Jok Hon bergambar kenangan dengan penuntut dan guru pengawas sekolah berkenaan.
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei - Beregu Lelaki dan Perempuan bagi Kategori B Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Mukim Serasa muncul sebagai juara dalam Kejohanan Badminton Sekolah dan Maktab Zon II yang berlangsung di Dewan Sekolah Sukan.
Sebanyak 8 perlawanan dipertandingkan di peringkat akhir. Awang Haimie Anak Nyaring dengan pasangannya Awang Roziman Anak Sulau mempertahankan gelaran juara yang disandang pada tahun lepas setelah menewaskan pasukan Sekolah Menengah Rimba II.
Sementara beregu perempuan kategori B iaitu Dayang Nurulafiqah binti Awang Tuah dan Dayang Siti Nur Sabarina binti Haji Makhbar menewaskan pasukan dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan manakala Dayang Nurizzati Syazwani binti Saifuddin (SMPIHM) ditewaskan oleh pasukan Pusat Tingkatan Enam, Katok.
Awang Roslin bin Suhailee, Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan selaku Tetamu Kehormat dalam kejohanan tersebut dan berkesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan diamanahkan oleh Jabatan Pendidikan Ko-kurikulum sebagai pengendali kejohanan.

SU Beribi lancar Bulan Kitar Semula

<><>
<><>
SU Beribi lancar Bulan Kitar Semula

Oleh Sahama
Salah seorang guru membuang tin dalam tong yang dikhaskan.

Pelajar membuang plastik ke dalam tong yang dikhaskan.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei - Sekolah Ugama Beribi, Gadong hari ini telah melancarkan program Bulan Kitar Semula bagi warga sekolah, yang berlangsung di Dewan Fahtul Busyra sekolah berkenaan.
Turut hadir di majlis itu ialah guru besar sekolah berkenaan, Pengiran Hajah Aminah binti Pengiran Haji Bakar, timbalan guru besar, guru-guru dan para pelajar.
Di majlis pelancaran itu, taklimat turut diadakan yang disampaikan oleh pegawai di Bahagian Kawalan Pencemaran, Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan, Awang Wan Firdaus bin Haji Hamidun.
Majlis kemudian turut menyaksikan pembungan bahan buangan kitar semula, yang dibahagikan kepada tiga tong khas, iaitu tong kertas (berwarna biru), tong botol plastik (merah) dan tong aluminium (kuning).

6 Mei 2012

70 menderma darah

70 menderma darah


Oleh Sahama

Antara anggota bomba yang menderma darah.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei - Seramai 70 orang Pegawai dan Anggota Bomba dan Penyelamat Laut, Cawangan Operasi "D", termasuk Skim Sukarelawan Bomba dan orang ramai telah menyertai Kempen Menderma Darah yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Laut, Sungai Kebun, Cawangan Operasi 'D" dengan kerjasama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.
SSFR Awang Mahli bin Hj Bolhaji mengetuai kempen tersebut sempena Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang Ke 52 tahun.

Bengkel ICT di SU Beribi

Bengkel ICT di SU Beribi
Oleh Sahama

Antara guru yang menyertai bengkel.
BANDAR SERI BEGAWAN - Guru-guru ugama Sekolah Ugama Beribi, Gadong, Kawasan Brunei III termasuk guru besar sekolah berkenaan iaitu Pengiran Hajah Aminah binti Pengiran Haji Besar, Penolong Guru Besar; Haji Ahmasani bin Haji Ahmad menghadiri Bengkel Kemahiran Penggunaan Ulead Photo Express di Makmal ICT dan Multimedia, Sekolah Ugama Beribi, dianjurkan oleh Unit ICT dan Multimedia, Bahagian Akademik, sekolah itu.
Fasilitator dalam program tersebut ialah Awang Haji Masfourteen bin Haji Mohd Yusof iaitu guru ugama berkemahiran ICT dari Sekolah Ugama Beribi, Gadong.
Tujuan bengkel tersebut diadakan supaya guru menyediakan alat bantu mengajar dengan lebih menarik yang dapat membantu memperkukuh kefahaman murid mengenai isi pelajaran selain daripada teori dan praktikal dalam pengajaran di samping memperkenalkan pengisian baru serta agar para guru tidak ketinggalan dengan perubahan zaman teknologi pada masa kini.

SMSSA sambut Hari Keluarga dengan program motivasi

SMSSA sambut Hari Keluarga dengan program motivasi


Oleh Sahama

Suasana ceria para peserta yang mendengar ceramah di sampaikan Awang Ali Yusri bin Abdul Ghafor.

BANDAR SERI BEGAWAN , 4 Mei - Bersempena Hari Keluarga Kebangsaan, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali telah mengungkayahkan program motivasi dengan tema "Ibu bapa Cemerlang, Pelajar Gemilang" yang diadakan di dewan sekolah berkenaan.
Diundang bagi menyampaikan ceramah ialah Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Ali Yusri bin Abdul Ghafor.
Awang Ali Yusri dalam ceramahnya menyentuh mengenai peranan ibu bapa dan anak dalam menjayakan dan mewujudkan keluarga sakinah yang menjadi harapan keluarga masing-masing.
Beliau berkata, untuk menghasilkan ke arah tersebut, perlu lahir anak yang pintar, mendengar kata, hormat dan lain-lain sebagai landasan "keluargaku harapanku."
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pengetua sekolah berkenaan Awang Zamain bin Abdul, timbalan pengetua, ketua kampong, ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), warga pendidik, ibu bapa dan para pelajar sekolah berkenaan.

2 Mei 2012

Cooperative in study tour to Indonesian private school

Cooperative in study tour to Indonesian private school
Sahama
Group photo of the delegation with Al-Hikmah staff.
Head of Al-Hikmah giving a briefing to the delegation.
Students during their lessons. - PHOTOS: SAHAMA
Some of the educational activities held for the students of Al-Hikmah.
Syarikat Koperasi Kerjasama Kementerian Pendidikan dan Tanggungan Berhad conducted a study tour known as 'Education Fair Lasbela to Surabaya, Indonesia'.
The delegation was headed by Pg Hj Shamsu bin Pg Hj Kadar, Deputy Chairman of the company.
The co-operative is the only company under the supervision of BINA, which identifies the organisation and management of overseas cooperatives to gain knowledge that can be adapted and propagated in matters of business in education.
The delegation visited a private school, Yayasan Al-Hikmah Islamic Educational Foundation, better known as "Al-Hikmah".
The purpose of the visit was to gain experience and exchange ideas as well as strengthen the friendship between two institutions.
The delegation was welcomed by Mr Muryanto Atmadjo; Attorney General of Al-Hikmah, Mim Saiful Hadi; Head Office and Al-Hikmah teachers.
A briefing was then held for the delegation, informing about the founding of Al-Hikmah, which has been in operation for 20 years since 1992 with the mission and vision of Islamic education based on the Al-Quran and As-Sunnah.
The visitors were later taken on a tour of the premises including classes in progress, dining hall, library, administrative rooms and the school grounds.
The visit concluded with the exchange of souvenirs between the two parties.

SKKP lawat sekolah swasta Indonesia

<><>
<><>
SKKP lawat sekolah swasta Indonesia

Oleh Sahama

Gambar ramai tuan rumah bersama delegasi SKKP.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April - Syarikat Koperasi Kerjasama Kementerian Pendidikan dan Tanggungan Berhad, Negara Brunei Darussalam (Koperasi SKKP) baru-baru ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Surabaya, Indonesia.
Delegasi itu diketuai oleh Pengiran Haji Shamsu bin Pengiran Haji Kadar, Timbalan Pengerusi Koperasi SKKP.
Koperasi SKKP merupakan satu-satunya syarikat di bawah pengawasan BINA yang sentiasa mempelajari, mengenal pasti organisasi dan pengurusan koperasi luar negara untuk mendapatkan inspirasi yang boleh diadaptasi untuk dikembang majukan dalam urus niaga bidang pendidikan.
Rombongan tersebut telah melawat sebuah sekolah swasta iaitu Yayasan Pendidikan Asas Islam Al-Hikmah yang lebih dikenali sebagai "Al-Hikmah."
Kunjungan mereka dialu-alukan oleh Bapak Muryanto Atmadjo; Wakil Ketua Al-Hikmah, Mim Saiful Hadi; Ketua Kantor dan bersama para guru yayasan berkenaan.
Para rombongan diberikan taklimat mengenai penubuhan koperasi, visi dan misi keislamannya berdasarkan Al-Quran dan Sunah.
Rombongan turut berpeluang melawat keseluruhan premis termasuk kelas pembelajaran, dewan makan, perpustakaan, bilik pentadbiran dan kawasan persekolahan.
Tujuan lawatan tersebut ialah untuk menimba pengalaman dan bertukar-tukar fikiran di samping merapatkan hubungan silaturahim antara dua negara.

Ugama diperkaya kemahiran Microsoft Excel

Ugama diperkaya kemahiran Microsoft Excel

Oleh Sahama

Peserta membuat latihan yang diarahkan semasa menyertai bengkel kemahiran penggunaan program Microsoft Excel.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April - Bahagian ICT dan Publisiti, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Brunei III, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Islam menganjurkan Bengkel Kemahiran Penggunaan Program Microsoft Excel bagi seramai 30 orang guru-guru sekolah ugama kawasan Brunei III.
Bengkel dua hari itu yang diadakan di Makmal ICT dan Multimedia, Sekolah Ugama Beribi, Gadong, dikendalikan oleh Ustaz Awang Haji Masfourteen bin Haji Mohd Yusof, seorang guru ugama berkemahiran ICT dari Sekolah Ugama Beribi, Gadong.
Ia antara lain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomputer di kalangan guru-guru agama bagi kepentingan pengajaran yang lebih efektif menerusi microsoft excel di samping memudahkan mereka membuat pemarkahan dan rekod keputusan peperiksaan dengan efisyen secara 'automatic key-in' menggunakan formula.

24 April 2012

Taklimat hukuman jenayah di SMPIHM


Taklimat hukuman jenayah di SMPIHM

Oleh Sahama

Pegawai polis semasa menyampaikan taklimat mengenai hukuman jenayah.

Pelajar tekun mendengar ceramah berkenan.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 April - Hal Ehwal Pelajar Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam (SM PIHM), Serasa telah mengendalikan taklimat hukuman jenayah bagi penuntut Tahun 9 hingga 11 bertempat di dewan serba guna sekolah berkenaan.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai dari Unit Penghubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, Sgt 3021 Awang Hamdan bin Mantul, antara lain menyentuh mengenai seksyen, kesalahan dan hukuman yang akan diterima oleh penjenayah jika sabit kesalahan.
Taklimat berkenaan diadakan antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai jenis kesalahan dan hukumannya.
Selain itu ia juga bagi memberi kesedaran bahawa mengawal keselamatan negara bukan sepenuhnya tanggungjawab Pasukan Polis Diraja Brunei, tetapi juga semua lapisan masyarakat termasuk penuntut, untuk sama-sama membasmi jenayah.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengetua Akademik, Awang Haji Said bin Haji Salleh; Timbalan Pengetua Pentadbiran dan Kewangan, Awang Haji Ali bin Haji Zainal; guru-guru Kanan; kaunselor sekolah dan tenaga pengajar sekolah berkenaan.

23 April 2012

Majlis penghargaan sempena Pesta Santai Muara

Majlis penghargaan sempena Pesta Santai Muara

Oleh Sahama

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April - Majlis Perundingan Kampong (MPK) Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong baru-baru ini telah mengungkayahkan Majlis Penghargaan Sempena Pesta Santai Muara bertempat di rumah Timbalan Pengerusi MPK Haji Mohd Sunny Lai bin Abdullah.
Majlis berkenaan diadakan bagi menghargai komitmen dan sokongan dari semua pihak yang terlibat dalam Pesta Santai Muara 2012 yang diadakan bulan lalu, disamping mengeratkan tali silaturahum diantara jawatankuasa dan pihak-pihak yang terlibat dalam pesta berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan ialah Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Mukim Serasa, Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman@Othman, yang juga selaku pengerusi MPK berkenaan.
Penerima-penerima sijil adalah terdiri daripada mereka yang terlibat dalam pesta berkenaan, iaitu ahli Jawatankuasa Pesta Santan Muara, ahli komiti MPK, para belia dan beliawanis Kampung Masjid Lama dan sukarelawan Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong; penerima-penerima sijil penghargaan, wakil daripada Syarikat Cityneon Brunei, wakil daripada Jabatan Radio Televisyen Brunei dan penduduk kampung.
Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim di kampung tersebut.

SMPIHM terap sikap teladan dalam diri guru

SMPIHM terap sikap teladan dalam diri guru

Oleh Sahama

Timbalan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April - Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam (SMPIHM), Mukim Serasa mengungkayahkan taklimat mengenai "Guru Tauladan " yang disampaikan oleh Prof Madya Bob Yong; Pensyarah di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam di dewan serbaguna sekolah itu.
Ceramah Prof Madya Bob Yong antara lain menekankan keberkesanan pengajaran guru yang bukan sahaja merangkumi kemahiran dalam amalan pengajaran, kecekapan dan pengurusan serta organisasi mahlah sifat peribadi guru itu sendiri. Sifat-sifat ini termasuklah minat, kepercayaan dan pembawaan mereka semasa berada did alam kelas.
Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses sosial yang sangat penting untuk membentuk hubungan rapat dengan pelajar.
Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Timbalan Pengetua Akademik; Awang Haji Said bin Haji Salleh, Timbalan Pengetua Pentadbiran dan Kewangan; Awang Haji Mohd Ali bin Haji Zainal, guru-guru kanan, guru-guru Kluster 2 dan guru sekolah berkenaan.

20 April 2012

4 sekolah berentap di pusingan separuh akhir
Oleh Sahama
Pasukan dari salah sebuah sekolah yang berentap di peringkat suku akhir.

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April - Empat buah sekolah akan berentap di peringkat separuh akhir Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Antara Sekolah-sekolah dan Maktab Senegara kali ke-40.
Sekolah Ma'had Islam Brunei, Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Sekolah Menengah Berakas dan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan masuk ke peringkat separuh akhir setelah menewaskan pesaing masing-masing dalam peringkat suku akhir baru-baru ini.
Pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan berkenaan dikendalikan oleh Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Mukim Serasa.

18 April 2012

Kg Masjid Lama Consultative Council produces 'Fish Lumai'

Kg Masjid Lama Consultative Council produces 'Fish Lumai'
Sahama

Freshly packaged 'Fish Lumai' (Lumai Ikan).

Deboning the fish. - PHOTOS: SAHAMA
Members of the Village Consultative Council of Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun and Pelumpong gave a practical demonstration on how to prepare "Fish Lumai" at the residence of Awg Hj Muhammad bin Hj Ibrahim, one of the consultative council members.
The word "lumai", according to the Brunei Malay dictionary, means fish or shrimp that is cut open to remove the bone to be salted and then hung up to dry. There are three types of 'lumai', namely salty and sour lumai, sweet and sour lumai and spicy, sweet and sour lumai.
Fish Lumai is one of the products developed and manufactured by the consultative council members in their effort to fulfill the "One Village, One Product" concept introduced by the Ministry of Home Affairs. The products will contribute to the economic development of the village.
Among those present at the event were Awg Matusin bin Orang Kaya Sura Hj Tuba, Senior Special Duties Officer at the Ministry of Home Affairs; Pg Hj Mohamed bin Hj Osman @ Othman, Head of Kg Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun and Pelumpong; and Dato Paduka Hj Abd Rahman bin Abd Kahar, the council's Advisor.

MPK Masjid Lama hasilkan Lumai Ikan

MPK Masjid Lama hasilkan Lumai Ikan
Oleh Sahama

Pengurus projek Lumai Ikan menunjukkan cara menghasilkan produk tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April - Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong menghasilkan sendiri produk Lumai Ikan.
Lumai ikan yang merangkumi ikan atau udang yang dibelah dan dibuang tulang dimasinkan kemudian dijemur hingga kering. Produk itu diusahakan di rumah Awang Haji Muhammad bin Haji Ibrahim, salah seorang ahli MPK Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong.
MPK itu menghasilkan tiga jenis lumai iaitu Lumai Asam Masin, Lumai Asam Manis dan Lumai Asam Manis Pedas.
Ia dihasilkan untuk menyahut seruan Satu Kampung Satu Produk bagi mengembangkan lagi ekonomi kampung selain menjadikan produk kampung itu tarikan kepada pelancong.
Turut menyaksikan produk yang diusahakan tersebut ialah Awang Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba; Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, Ketua Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong; Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @Haji Othman, Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Abd Kahar; Penasihat Majlis Perundingan Kampung dan Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung tersebut juga hadir dalam majlis tersebut.

14 April 2012

Sukarelawan Tamoi berlatih cegah kebakaran

Sukarelawan Tamoi berlatih cegah kebakaran
Oleh Sahama

Berlatih menggunakan pili bomba.

Gambar ramai sukarelawan selepas berlatih.
BANDAR SERI BEGAWAN - Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong dengan Kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Laut, Cawangan Operasi "D" menganjurkan latihan bagi Ahli-Ahli Skim Sukarelawan Bomba untuk mencegah kebakaran di Balai Bomba Laut, Cawangan Operasi "D" baru-baru ini.
Latihan tersebut dipimpin oleh ABKS 559 Rustam Effandi bin Haji Matusin; pegawai jabatan itu yang telah memberikan taklimat serba ringkas mengenai perkara-perkara yang dilakukan semasa latihan tersebut.
Turut hadir menyaksikan latihan mencegah kebakaran tersebut ialah Ketua Kampung Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong iaitu Awang Tarip bin Haji Asgar, Pegawai Perhubungan Awam, Operasi 'D'; SO Matassan bin Mohd Yusof, Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Latihan bertujuan mengasah kemahiran anggota Skim Sukarelawan dalam mengawal kebakaran sebelum bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba. Ia juga menggalakkan anggota skim terlibat dalam perkara positif untuk kesihatan fizikal dan mental.

70 penuntut ikuti kursus PRS

70 penuntut ikuti kursus PRS

Oleh Sahama

Gambar ramai peserta dan guru mereka.

BANDAR SERI BEGAWAN - Seramai 70 orang penuntut Sekolah Menengah Kluster II baru-baru ini mengikuti kursus asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi 2012 di Dewan Serbaguna Sekolah menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Menterii.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan pelbagai aktiviti melibatkan peserta Pembimbing Rakan Sebaya yang diusahakan bersama oleh Kaunselor Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Sekolah Menengah Lambak Kiri, Sekolah Menengah Berakas, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar dan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna selain daripada taklimat yang disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
Kursus bertujuan membantu penuntut berdampingan dengan rakan lain di sekolah dan mengeratkan silaturahim antara mereka.

7 April 2012

SMSSA kendalikan pertandingan sepak takraw

<><>
<><>
SMSSA kendalikan pertandingan sepak takraw

Oleh Sahama

Tetamu Kehormat bergambar ramai bersama para peserta kejohanan.

YM Awang Roslin bin Suhailee menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Sepak Takraw antara Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab bagi zon II 2012.
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April - Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali (SMSSA), Kampung Salambigar telah mengungkayahkan Kejohanan Sepak Takraw antara Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab bagi zon II 2012 di dewan serba guna sekolah berkenaan baru-baru ini.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kumpulan B (15 tahun ke bawah) dan Kumpulan C (16-18 tahun ke atas). Sebanyak lapan buah sekolah telah menyertai kejohanan tersebut.
Pertandingan bagi Kumpulan B dijuarai oleh Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan yang telah mengalahkan Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Serasa. Manakala Kumpulan C dimenengi oleh Sekolah Menengah Pehin Dato Seri Maharaja, Mentiri yang telah berjaya mengalahkan tuan rumah iaitu SMSSA, Kampung Salambigar.
Hakim, pengadil dan penjaga tepi yang dilantik sepanjang kejohanan terdiri daripada PESTABARU. Selaku Tetamu Kehormat dalam kejohanan tersebut ialah Awang Roslin bin Suhailee, Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidik telah berkesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang di akhir kejohanan tersebut.
Turut hadir menyaksikan pertandingan akhir kejohanan tersebut ialah Pengetua sekolah berkenaan, Awang Zamain bin Abdul, pengetua-pengetua dan timbalan pengetua sekolah menengah zon II, guru-guru dan penuntut SMSSA. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan dan merupakan projek tahunan jabatan berkenaan.

4 April 2012

Sekolah Chung Hwa juara badminton Brunei I

Sekolah Chung Hwa juara badminton Brunei I

Oleh Sahama

Tetamu kehormat bergambar bersama pemenang tempat kedua.

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 April - Sekolah Chung Hwa merupakan juara keseluruhan bagi Kejohanan Badminton Sekolah-sekolah Rendah Zon Brunei I, 2012 bertempat di Dewan Sekolah Sukan, Kampung Pulaie petang tadi.
Selaku tetamu kehormat dalam kejohanan tersebut ialah Awang Tarip bin Haji Asgar iaitu Ketua Kampung Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong.
Sekolah Chung Hwa adalah juara dalam semua kategori iaitu perseorangan dan beregu bagi lelaki dan perempuan yang dipertandingkan.
Sekolah Rendah Haji Tarif, Kampung Tamoi Tengah telah diberikan peranan untuk mengendalikan kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan dan Permainan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

2 April 2012

Kg Tamoi Consultative Council holds walkathon for residents

Kg Tamoi Consultative Council holds walkathon for residents
Sahama

Members of all age groups took part in the healthy activity. - SAHAMA
The Consultative Council of Kampong Tamoi Tengah and Ujong Tamoi led by its head, Awang Tarip bin Haji Asgar, organised and conducted its annual walkathon as part of efforts to promote a healthy lifestyle.
The walkathon, which was attended by some 150 people from all age groups in the area and immediate surrounding areas, took place along wide open spaces behind the Religious Teachers University College of Seri Begawan (KUPU SB) at Jalan Tutong yesterday. The walk was also aimed at encouraging the youth to participate in activities deemed worthy that will help develop their self-esteem and character instead of falling into socially unacceptable practices.
The guest of honor at the walkathon was the Assistant Officer at the Brunei-Muara District Office, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah.
The event commenced with light aerobics followed by the four and three kilometre walkathon for male and female participants respectively.
Also participating in the walkathon were the Penghulu of Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mokti bin Mat Salleh, village heads in Mukim Tamoi and residents.

MPK Tamoi anjur Walkaton Senam Sihat

MPK Tamoi anjur Walkaton Senam Sihat

Oleh Sahama

Tetamu kehormat turut menyertai senaman memanaskan badan.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April - Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong, Mukim Tamoi yang dipimpin Ketua Kampongnya Awang Tarip bin Haji Asgar mengendalikan acara Walkaton Senam Sihat bagi penduduk kampong tersebut dan sekitarnya.
Acara yang dihadiri kira-kira 150 orang tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan MPK bertempat di kawasan lapang belakang bangunan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Batu 1, Jalan Tutong hari ini. Di samping itu, acara tersebut menggalakkan tunas bangsa terlibat dengan perkara positif untuk kesihatan fizikal, mental dan melahirkan masyarakat berfikiran positif agar menjadi generasi bijak dan menggunakan masa yang berfeadah pada diri sendiri mahu pun masyarakat.
Tetamu kehormat acara tersebut ialah Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara.
Acara dimulakan dengan senamrobik diikuti acara walkaton yang dimulakan tetamu kehormat majlis. Bagi peserta lelaki perjalanan adalah sejauh empat kilometer, sementera peserta perempuan pula sejauh tiga kilometer.
Turut serta dalam acara tersebut ialah Penghulu Mukim Tamoi; Pengarah Haji Mokti bin Mohd Salleh, Penasihat MPK, Jawatankuasa MPK, ketua-ketua kampung dalam Mukim Tamoi; penduduk kampung dan sekitarnya.

Belia dan beliawanis Kg Kapok dihargai

Belia dan beliawanis Kg Kapok dihargai

Oleh Sahama

Salah seorang belia menerima sijil pengharga daripada tetamu kehormat.


Para belia dan beliawanis bergambar kenangan dengan tetamu kehormat dan jemputan yang lain.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April - Seramai 60 orang Belia dan Beliawanis Kampong Kapok diraikan dalam satu majlis Malam Penghargaan yang bertempat di kawasan Rumah Ketua Kampong Kapok, Mukim Serasa; Haji Marali bin Haji Ahmad malam tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penasihat Majlis Perundingan Kampong Kapok, Mukim Serasa, Dr. Haji Abd. Hamit bin Haji Musa.
Malam Penghargaan diadakan untuk mengenang jasa para belia dan beliawanis yang telah menjayakan pelbagai projek dan kegiatan yang diungkayahkan oleh Majlis Perundingan Kampong seperti Kesenian dan kebudayaan, sosial dan Kemasyarakatan, sukan dan riadah serta keugamaan.
Di samping itu, ia juga bagi memupuk tali persaudaraan yang lebih erat bersama Jawatankuasa MPK dan penduduk kampung serta menanam jati diri belia dan beliawanis sebagai pemimpin di masa akan datang.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Kapok dan penduduk kompong.

31 Mac 2012

'Kebakaran kecil' di Sekolah Rendah Haji Tarif

'Kebakaran kecil' di Sekolah Rendah Haji Tarif
Oleh Sahama
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac - Warga Sekolah Rendah Haji Tarif (SRHT), Kampong Tamoi Tengah gembar apabila siren kecemasan berbunyi menandakan bangunan sekolah hendaklah dikosongkan dengan segera.
Sebaik sahaja menyedari asap keluar daripada papan suis (switch board) bilik komputer, guru pengawas keselamatan terus membuat panggilan kecemasan 995.
Kesemua pelajar dan guru-guru sekolah tersebut dengan segera berkumpul di kawasan berkumpul (assembly point) yang telah ditetapkan.
Dalam masa kurang daripada tiga minit, seluruh bangunan sekolah dikosongkan dan guru kelas serta ketua penuntut sibuk mencatat kehadiran para penuntut dan mendapati dua pelajar tidak ada.
Dengan pantas, pasukan bomba dan penyelamat Operasi D, Pasukan Bomba Laut dan Bomba Pelancaran menangani kejadian tersebut, dan menemui dua murid yang terkurung dalam tandas dan berjaya diselamatkan.
Senario ini merupakan latihan kecekapan mengosongkan sekolah dengan pantas untuk menangani sebarang bencana alam atau kebakaran yang diadakan pada hari ini.
Setelah selesai latihan berkenaan, guru besar sekolah berkenaan Dayang Hamiltun binti Haji Abdul Samad dan guru-guru kanan mendengarkan 'post-mortem' daripada Pegawai PRO Operasi 'D'; SO Matassan bin Md Yusof.
Tujuan latihan tersebut diadakan agar warga sekolah memahami, mengetahui dan mematuhi serta bertindak dengan betul untuk menyelamatkan diri di peringkat awal dari bahaya kebakaran dan lain-lain kecemasan.
Di samping itu, latihan ini juga dapat melatih murid-murid supaya jangan panik dan terus meninggalkan kelas dengan teratur tanpa membahayakan diri sendiri dan orang lain.

26 Mac 2012

Brunei pilgrims return from Umrah

Brunei pilgrims return from Umrah
By Sahama
Group photo of the delegation with Mount Thur in the background.
Delegation recites a prayer for Prophet Muhammad (pbuh). - PHOTOS: SAHAMA
A group of 48 pilgrims under Humaira Travel Centre Company-SHTC (Borneo) Sdn Bhd arrived home after completing a 10-day Umrah pilgrimage in the holy land of Makkah Al-Mukaramah and Madinatul Munawwarah.
The group was accompanied by an officer from the travel agency Hj Mohd Nordin bin Haji Narawi while the 'mutawwif' was Ustaz Mohd Hatta bin Hamsan (an Indonesian citizen living in Mecca).
In addition to performing prayers at the Nabawi Syarif in Makkah Al-Mukaramah, the delegation also had the opportunity to pray at the Mosque of Quba (the first mosque built by Prophet Muhammad), Qiblatain Mosque (Mosque of Two Qiblats), Bir Ali Mosque and the Jaranah Mosque.
The delegation also had the opportunity to visit historic places such as Al-Baqi and Martyrs Battle of Uhud Cemetery, Jabal Uhud, Jabal Thur, Mina, Arafat, Muzdalifah and dates market.

6 Mac 2012

SMSSA top students feted

SMSSA top students feted
By Sahama

During the prize presentation ceremony


Students in a group photo with the guest of honour and their respective teachers. PHOTOS: SAHAMA


Some of the top students taking a group photo

Sultan Sharif Ali Secondary School (SMSSA) in Kg Salambigar held a prize and certificate presentations for its top students for the year 2011 recently, at the school's Salambigar Hall.
A total of 59 students successfully passed their Brunei-Cambridge GCE 'O' Level exams with flying colours. Manmit Singh Jasbeer Singh, one of the SMSSA students, obtained 10 'O's with 3A*, 3A and 4B, while 22 students obtained 9 'O's, 17 students earned 8 'O's and 19 students obtained 7 'O's.
The ceremony also saw 10 outstanding students receiving the 'Student Progress Examination' (SPE) 2011 award and six students receiving their certificates for best attendance.
Present as guest of honour at the event was Pg Hj Zahri bin Pg Hj Ahmad, the Acting Assistant Director (Administration) of Schools at the Ministry of Education.